Pertemuan 7

Keretapi Part 3

Seperti biasa si gadis akn menunggu dan menanti mengikut timing yg sama seperti sebelum ni. Melihat masa di tangan dan berharap keajaiban yg sama berulang kembali. "Station akn tiba di destinasi anda," kedengaran suara yg dari speaker pengumuman di stesen. Tren berhenti, pintu di buka, kakinya melangkah masuk dan matanya meliar memandang mencari tempat duduk. Melihat kerusi di laluannya kosong, dia terus mengambil tempat tersebut. Tren meneruskan perjalanannya, si jejaka yg berada di hadapannya memerhati dirinya yg khayal melihat hp tanpa memperduli pandangan org lain yg melihat dirinya. Si gadis menyedari pandangan tersebut terus terasa tidak selesa, melihat sekelilingnya yg seakan mengetawakannya, dia terus melihat dirinya jika ada yg pelik. Matanya terbeliak memandang stokin yg di pakai, dia terus meletak begnya sebagai penghalang pandangan org lain. Si jejaka yg berada di hadapannya terus tertunduk menahan ketawa.  Si gadis yg ketika itu menahan malu terus terkejut bila terpandang jejaka tersebut. 'Dia,'bisik hati si gadis. Si jejaka tersebut melimparkan senyuman. Si gadis terus menutup muka kerana malu.

Comments

Popular Posts