GUARDIAN BAB 5 : RACUN DAN MADU

Cawan di tangannya jatuh dari genggamannya, “Ye, aku dapat tahu anak kau berada di dalam wad akibat kemalangan yang di buat oleh mereka,”ayat-ayat tersebut di keluar dari mulut gadis yang cukup mengenali mereka. Melihat lirikan mata dan bibirnya saja sudah mengetahui itu tidak salah lagi, Ruyi rakan sekerja Yuki. “DI mana dia,”jawab Rina. Si gadis misteri yang mengirimkan dan memberi amanah kepada Kotaru untuk menjaga Ryuu. Berjalan bersama dengan Ruyi menuju ke wad di mana penempatan Ryuu berada, mendengar keriuhan mereka saja, Rina yakin sudah tiba masa untuk Ryuu kembali ke tangannya semula tapi, ‘Sanggup ke Kotaru membenarkan, Bila dia ketahui Ryuu itu anak salah seorang dari mereka,’bisik hati Rina.

Melihat Ryuu kembali tersenyum, Allan melepas rasa lega. Di saat itu, lirikan matanya terhenti apabila melihat tubuh yang berada di sebalik pintu wad di mana Ryuu di tempat cukup sangat di kenali olehnya. “Rina,”kata yang terlepas dari mulut Allan membuat situasi bilik tersebut sunyi sepi kembali. Kotaru ketika itu turut memandang renungan yang di pandang oleh Allan. Melihat Rina di depannya membuat dia terkedu. Rina tampil memasuki bilik wad tersebut dan menuju kearah Ryuu tanpa menghiraukan mata-mata yang memandangnya. Ruyi tersenyum sinis melihat drama di depannya.

***********SETAHUN MENGIMBAU KEMBALI SAAT MEREKA MENGENALI**********

Universiti H

Rambut di ikat seperti Ikatan Ekor Kuda, di tiup angin dengan lemah lembutnya, lirikan mata dan bibir yang di contengkan sedikit lipgloss yang agak nude warnanya. “RINA!,”kedengaran namanya di sebut. Melihat Allan di depannya. Rakan sekolah dan sekelas bersama. “Lama ke Allan tunggu kat sini,”jawab Rina. “Baru juga sampai,”balas Allan sambil membetulkan lipatan lengan bajunya. “Mana yang lain,”kata Rina sambil matanya melilau mencari kelibat seseorang. “cari kotaru ke,”balas Allan sambil mata menjeling melihat Rina. Pipi kemerahan itu saja mampu dia dapat balas. “Dorang dah gerak ke kelas,”sambung Allan.

‘Mengenali Rina ketika kami masih kecil. Sama-sama naik, dari sekolah rendah sehingga ke Universiti, sehingga dia berkenalan dengan rakan serumah aku, Kotaru. Seorang lelaki yang ye kalua boleh semua perempuan dia nak sapu. Ye, aku ada perasaan pada Rina, aku mendiamkan perasaan aku kerana aku menghormati perasaan Rina. Ye, rina mengetahui tapii dia menganggap hubungan kami hanya sekadar kawan. Tapi kerana Kotaru lebih geram bermain dengan perempuan dan ye boleh kira rina hanya sekadar permainan dia ketika bosan,’ luahan hati Allan di saat dia terimbau kembali kenangan mereka.

“Kota,”panggil Rina ketika dia melihat Kotaru sedang berborak dengan rakan-rakan sekelas mereka. “Ohhh, hye Rina,”sambil mengusap kepala Rina. “Awal awak ke kelas hari ini,”jawab Rina. Kotaru hanya senyum sahaja, “Biasa la, dia dah kerap sangat lewat nnti kena warning letter. Susah lah mak ayahnya nak turun ke sini selalu,”balas rakan sekelas mereka. Kotaru ketawa saja. Asal dia awal kerana dia baru saja bermalam di rumah kenalan perempuan yang dia kenal di luar ketika outing bersama rakan-rakan yang lain. Allan mengetahui kerana dia turut serta dalam pergaulan tersebut tapi kerana allan jenis gemar lepak di rumah sambil menelaah pelajaran. “Okay la rina, allan ke kuliah dulu ye. Jumpa rehat nnti dengan kotaru semua,”jawab Allan. “okay,”jawab Rina. Kotaru mengetahui perasaan Allan pada Rina. Di sebabkan itu, dia kurang memberi perhatian Rina kerana ingin menjaga hati Allan. Even mereka sama-sama membesar dan berkawan, Kotaru cukup tahu apa yang berlaku.
Sehingga kejadian tersebut tidak  di jangka akn berlaku, “Rina,”kata Allan apabila melihat Rina dalam kebasahan. “Kenapa,”jawab Allan sambil melihat Rina tidak menyedari situasi yang berlaku. Allan menutup tubuh Rina yang terdedah kerana hujan telah membuat bajunya basah sehingga melihatkan tubuhnya . Rina menangis dan terus menangis sehingga Allan menemaninya sehingga ke rumah. Mengetahui apa yg berlaku terhdap Rina, Allan begitu marah bila ketahui Kotaru melepaskan Rina begitu saja, malahan dia janji utk menjaga hati dan perasaan rina. Allan memeluk tubuh Rina sambil mengusap kepala Rina. ‘Maafkan allan, kerana tidak dapat menjaga rina,’bisik hatinya. Yuki, hayato dan kai baru saja balik dari kelas terkejut melihat rina berada di rumah  mereka. Allan terus meminta diri untuk menghantar rina pulang. Ketika itu, kotaru muncul di depan rumah. Allan hanya mampu pandang sahaja dan melintasi Kotaru serta membawa Rina pulang ke rumahnya.
Malam berganti pagi, Rina masih terkenang di saat dia melihat Kotaru bersama perempuan lain keluar dari hotel. Ketika itu, hujan menitis dari pelahan menjadi lebat sehingga dia di basahi oleh hujan. Suhu badannya panas kerana enggan mandi selepas pulang dari rumah Allan. “Jangan lupa mandi, Rina kena hujan tadi, nanti demam,”pesanan Allan tergiang di telinga. Dia mencapai tuala tanpa sedar dia hampir tumbang ke lantai, seketika, tubuhnya rebah di sambut oleh tangan yang cukup dia kenali, Kotaru. Kotaru ketika itu menekan loceng, tapi tiada sahutan dari dalam, dia gapai kunci pendua di bawah pasu dan terus masuk, di saat itu dia terlihat Rina hampir rebah ke lantai. Merasa suhu di dahi dan leher Rina, dia pasti hujan semalam akibat dia demam. Kotaru angkat Rina kembali ke katil, dan memastikan tubuh Rina sentiasa di basah dengan air, dia menyediakn air mandian. Untuk pertama kalinya, dia melihat Rina dengan pajamas, Rina ketika itu dalam keletihan dan kepenatan tidak mampu untuk melawan sakit yang dia tanggung, dia memegang tangan Kotaru bila dia menyedari kotaru bangun untuk meninggalkan dia. “jangan pergi,”balas Rina. Kotaru melihat Rina, ‘seksi,cantik,menawan,’ dia pegang tangan rina, “saya tak pergi mana-mana, saya ada kat sini,”jawab Kotaru. Seketika itu, diri nya di humban bersama-sama Rina ke dunia lain.
Menyedari tubuhnya di peluk, dia melihat sisinya adalah Kotaru. Maka apa yg berlaku bukan mimpi. Dia mengusap pipi kotaru, untuk seketika dia menitis airmata, ‘Maafkan Rina,’bisik hati Rina. Kotaru sedari wajahnya di usap, “Rina dah bangun,”kata Kotaru. Rina angguk seketika. “Jom la kita bersihkan diri lepas tu boleh ke kelas sama-sama,”jawab Kotaru. Rina hanya mampu angguk.

Pintu gerbang Universiti

Allan terkejut melihat Rina bersama Kotaru sambil berpegang tangan. ‘Rina,’bisik hatinya. Seketika itu perasaan di dalam hati bergelora. Allan berlari dan terus mencapai lengan Rina. Rina terkedu dan melihat situasi yang berlaku. Kotaru memandang wajah Allan, Allan membalas dengan renungan yang tajam. “bagi rina jelaskan situasi ini, Allan dan Kotaru,”kata Rina. “Tak perlu jelaskan,rina,”jawab Kotaru sambil senyum. “Biar kota jelaskan pada dia,”balas Kotaru lagi.
Mengenang saat malam lepas menghantar Rina balik ke rumah. Allan sergah Kotaru di bilik sehingga berlaku pergaduhan besar di antara mereka. “Aku dah suruh kau jaga hati dan perasaan dia,”jerit Allan sambil bertubi-tubi menumbuk Kotaru. Situasi yang tegang menarik perhatian Kai, yuki dan Hayato. Yuki dan hayato menarik allan dari terus menumbuk kotaru. Kai cuba menyambut Kotaru yang terbaring tapi Kotaru tidak menyambut malah memandang Allan dengan senyuman sinis, “Kalau kau sayangkan dia, kau pergi la jaga hati dan perasaan dia,”balas Kotaru. Allan meronta untuk di lepaskan. Kotaru duduk di kerusi sambil melihat Allan, “Lagiupun aku bukan sayang dia, aku memang menganggap dia sebagai kawan aku. Sebab aku tahu kau ada hati dengan dia, allan. Aku respect kau tapi aku tak sangka kau tidak luahkan pada dia,”balas kotaru. Allan terkedu mendengar jawapan dari Kotaru. “Tapi, aku baru tahu, dari aku sakit , aku terlantar, dia sentiasa ada dengan aku. Ye, aku akui aku mula sukakan dia,”kata Kotaru. “tapi bila aku kerap mendengar pasal kau banyak bantu dia. Aku cuba selidik kenapa,”sambung Kotaru. “kau tak pernah mengaku pada dia perasaan kau sebenarnya,”jawab kotaru sambil memandang Allan. Allan tunduk sambil menahan perasaannya, “Dia umpama Racun dan madu bagi kita,”jawab Allan. Kotaru terkedu. “Aku dah di reject dari awal lagi sebelum dia mengaku dia ada hati dengan kau,”jawab Allan. “Dia rapat dengan aku kerana ingin jadi racun untuk kau. Tapi menjadi madu bila bersama dengan kau,”jawab Allan. “Aku suka dia dari kita besar bersama. Aku sedari dia mula menyukai kau dari kita sama-sama di sekolah,”jawab Allan. “jadi kota, aku nak kau lepaskan dia dan biar dia tentukan hidup dia,”jawab Allan. “Kalau aku tak nak,”balas Kotaru. “Kau akn tahu nasib kau bila kau lukakan hatinya sekali lagi,”jawab Allan.
Disebabkan kejadian tersebut, Allan dan Kotaru tidak bersemuka sehingga Allan ternampak Rina bersama Kotaru di pagi itu. “Aku dah bersama dengan dia untuk satu malam,”kata Kotaru sambil memandang Allan. Allan hanya memberi renungan tajam saja sambil menarik Rina pergi bersama.  Allan membawa Rina ke belakang Tempat simpanan Stor Alatan Sukan, “Allan,”panggil Rina sambil mengusap pipi Allan. “Rina masih dengan dia,”jawab Allan. Rina memegang tangan Allan, “Allan,”balas Rina. “Rina tahu kejadian yang berlaku hari itu. Allan nak tanggung segalanya,”jawab Allan. “tapi,”balas Rina. Allan memandang mata Rina, “Allan serius,”kata Allan dengan tegas.
Sejak itu, Rina tidak lagi muncul. Hilang khabar selepas mereka graduan bersama. Allan cuba untuk menghubungi Rina. Tapi nombor yang di hubungi tidak lagi di guna pakai. Kotaru merenung jauh, mengenang kembali mereka bersama di hari terakhir. ‘Maafkan aku Rina,’bisik hatinya. Allan terus membawa haluannya ketika dia berada di depan rumah Rina. ‘Mungkin kau membuang aku seperti racun di dalam bunga, tapi aku tetap menyayangi kau ibarat lebah menanti madu di dalam bunga,’bisik hati Allan.

Bertahun berlalu, Allan melihat kelibat Rina di dalam wad penempatan Ryuu berada. “Rina,”kata Allan dengan lembut. “Hai Allan,”jawab Rina. “Ohh korang kenal Rina?,”kata Ruyi. “Ye, dia rakan kami dan sama-sama membesar dengan kami dari tadika,”balas Yuki. Melihat riak wajah Ruyi seakan terkejut mendengar berita tersebut. Rina merenung wajah Ryuu. Tersenyum melihat Ryuu. Untuk seketika, Allan dan Kotaru memandang Ryuu sebelum toleh memandang Rina. Wajah mereka terkejut.

“Ye, Ryuu anak Rina dan ….,”kata Rina. “Kotaru,”sambung Rina. Kotaru terkejut. Jadi surat kiriman dia terima dari Rina, perempuan yang dia pernah lukakan hati untuk seketikanya. “Ye, Ryuu anak saya dan awakk, kotaru,”tegas Rina. “Tapi…ketika itu bukan Kotaru saja tapi…,”kata Allan. Kotaru terkejut mendengar luahan Allan. “Kau pun pernah bersama dengan dia dan aku tak tahu,”kata Kotaru sambil renung Ryuu. Masing-masing terkejut. Ruyi tersenyum sinis melihat wajah mereka. Yuki sedari kelakuan dan riak wajah Ruyi. Yuki mula syak sesuatu yang berlaku di antara Ruyi dan Rina.

Siapakan Ruyi kepada Rina. Kenapa di saat ini Rina muncul dan mengaku Ryuu anak dia dan Kotaru. Apa rancangan mereka sebenar-benarnya? Nantikan episode seterusnya. Episode di mana kebenaran terbongkar dan episode di mana mereka mengetahui sebab-sebabnya. Episode Terakhir , BAB AKHIR : BAHAGIA DI SISIMU



Comments

Popular Posts