Philophobia 4

Philophobia 4

Starbuck cafe

"kau telefon siapa ame?,"tegur rakannya. "Sakura,"jawab Ame sambil dial number rakannya. "Maaf semua,"kata Sakura sambil tunduk tanda minta maaf. "Lamanya,"kedengaran suara sedih. "Maaf Ame. Tadi dalam perjalanan ke sini, sakura baru teringat beg sekolah dan pakaian uniform sekolah sakura tertinggal di kelas. Sakura berpatah balik ambil dan....,"belum sempat Sakura habiskan ayatnya. Ame dan rakan-rakannya yang lain dah terlopong mulut melihat Seseorang yang baru tiba di belakang Sakura. Serta merta sakura di tarik oleh ame dan bergerak jauh sedikit. Rakan2nya yang sudah berkelip2 melihat Sachii. "Kenapa sachii senpai ada dengan sakura sekali?,"bisik ame. "Tu yang sakura cuba nak citekan. Lepas hantar surat tu, hatori senpai minta sachii senpai join balik sekali. Lagipun elok juga balik sekali tiada la sakura seorang2 nk balik nanti. Nasib kami satu haluan yang sama cuma berlainan station,"jawab Sakura. "Sachii senpai tak busy ke?,"tegur pelajar tersebut bila melihat sachii membawa dua bekas cawan air starbuck di tangannya. "Sachii senpai duduk la di sini,"kata seorang lagi sahabat sakura dan ame memanggilnya duduk di sebelah. "Ohh tak apa, Sachii senpai boleh ddk dgn saya di sini,"serta merta sakura menyelamatkan keadaan.

Situasi riuh rendah bila mendengar cerita dan pengalaman sachii dari tahun pertama sekolah tinggi sehingga dapat gelaran sachii senpai pelajar perempuan di gilai ramai. Sakura di sebelahnya melihat gelagat sachii bercerita sambil bermain fone. Sedang mencari telefonnya, dia perasan sapu tangan yang pernah sachii hulurkan pdnya.'sebelum dia turun tren, aku bagi padanya,'bisik hatinya. "Sachii senpai, terima kasih. Senang2 lepakla dgn kami lagi,"jerit sahabat sakura tersebut. "Sakura, hati2 balik. Untung la Sachii senpai teman balik,"jerit Ame. Sakura dan sachii lambai tangan dan senyum. "So mana destinasi kita seterusnya,"tegur Sachii sambil melihat sakura masih melambai tangan. Sakura terkejut melihat sachi tertiba muncul di depan mukanya. "Kita balik sebab esokkan sekolah,"kata Sakura dan terus berjalan ke tren. Sachii senyum kerana berjaya menyakat sakura sedangkan diri sendiri menahan malu. Sachi melihat sakura dari sisinya.'seksi seperti pertama kali jumpa,'bisik hatinya. Matanya liar melihat sekeliling di depannya. Terlihat lelaki2 di situ tersenyum2 memandang sakura. Serta merta sachii terus berhenti dan menghulurkan cardigannya kepada sakura. "pakaila, nk tayang kat siapa baju sukan tu,"jawab sachii dengan nada tegas. "terima kasih,"balas Sakura.

Menanti tren dan matanya melihat sachii yang sedang melayan perasaan. Tangannya menyentuh cardigan yang tersarung di tubuhnya. 'bau sachii senpai sangat wangi,'bisik hatinya. "termenung apa lgi jom tren dah sampai,"jerit Sachii serta merta tangannya di tarik. "Puas memanggil nama tak dengar. Nk tunggu next tren ke!,"kedengaran sedikit tegas. "Maafkan saya,"balas Sakura sambil tunduk. Sachii terus mengusap kepala sakura, "maaf tertiba tertinggi suara,"jawab sachii sambil memandang ke arah lain. 'kenapa aku nak marah lgipun bukan salah dia or salah sesiapa,'bisik hati sachii. Keadaan tren makin sibuk. Serta merta tubuh kecil molek di himpit. "Time macam nie sangat sibuk. Awak okay?,"kata Sachii sambil memandang sakura. Sachii tergamam apa bila melihat sakura betul2 berada di depannya. Sakura mendongak sedikit melihat muka sachii berada betul2 di depan mukanya. Serta merta dia menundukkan kepala. Tangannya mengenggam baju sachii. Sachii menyedari bila melihat tubuh sakura sudah di himpit oleh tubuhnya dan kakinya berada di celah kakinya. "Maaf,"kata Sachii sambil memandang ke tempat lain. "tak apa, saya faham situasi mcmnie kerap berlaku,"kata sakura. "tapi saya rasa lebih selesa sebab bukan lelaki yang berhimpit dengan saya,"kata sakura lagi sambil menyandar kepalanya di dada sachii. Mendengar luahan tersebut, membuat sachii memahami apa yang berlaku jika sakura balik keseorangan. Tangan sachii cuba mengusap bahu sakura tapi situasi di dalam tren tersebut tidak membantunya.

"terima kasih hantar saya balik,"jawab sakura. Sachii senyum sahaja. Sedangkan sakura menegaskan tidak perlu teman sampai ke rumah. Tapi sachii seorang yang keras kepala, dia tidak melayan percakapan sakura terus menarik tangan sakura dan hantarnya pulang ke rumah dengan selamat. "masuk la,"tegur Sachii. "Baikk,"balas sakura. "Sekejap,"panggil sachii. Sakura berhenti di pagar rumahnya. Saat dia berpaling ke belakang, sachii sudah berada hampir dengannya, "cardigan saya,"kata Sachii sambil menarik cardigan yang tersarung baik di badan sakura. Pipi sakura kemerahan bukan kerana malu tpi kerana sachii berada begitu sangat dekat untuk kali ketiga untuk hari ini. Sakura terus pusing dan melajukan langkahnya memasuki ke rumah. Saat itu sachii meneruskan langkahnya ke station. Tertiba tangannya di tarik dan dia berpalingkan mukanya melihat sakura kelihatan penat. "awak berlari ke,"tegur sachii. "ye.. Dan saya nak pulangkan sapu tangan ni,"balas sakura. "ohhhh,"jawab sachii sambil menerima sapu tangan tersebut. Sakura terus melajukan langkahnya dan hilang dari pandangan sachii. "Belum sempat aku nak cakap terima kasih. Dia dah lesap. Laju seperti lipas,"kata Sachii dan teruskan perjalanannya. Sachii ketawa kecil bila mengenang kembali.'Sakura Katsuki,'bisik hatinya. 'Sachi Satomi,'bisik hati sakura sambil meletak tangannya di pipi. 'Dia perempuan dan mustahil untuk aku ada perasaan pada kaum sejantina aku sendiri,'bisik hati sakura dan sachii dalam masa serentak.

Saat malam tiba. Mereka masing mengenang kejadian yang berlaku. Di mana sachii terkenang melihat sakura berpakaian sukan dan terlekap baju tersebut dengan bentuk tubuhnya. Sakura pula terkenang di saat dirinya begitu dekat dengam sachii di sekolah dan juga situasi di dalam tren. Memasing terkenang di saat keduanya memandang muka dalam keadaan serentak. Terus sachii menutup mukanya dengan bantal manakala sakura menutup mukanya dengan selimut. 'tak mungkin la,'bisik hati mereka.

"Lambat ke sekolah,"jerit sakura bila melihat jam. "maaf sakura, ibu tak dapat nak kejut,"jawab puan katsuki. "tak apa la ibu, lagipun ibu tak berapa sihat. Hari ini sakura cuba balik awal ye ibu,"jawab sakura sambil mencium dahi ibunya. "bento pun ibu xdpt buat," balas ibunya. "tak apa, sakura berdikari. Sakura dah lambat. Sakura pergi dulu,"kata sakura sambil mengunci pintu rumah dan berlari ke station.

Station tren dari rumahnya tidak begitu jauh hanya 20minit untuk berjalan. Tapi sebabkan dia berlari dan gelarannya olahragawati dan pecutan lariannya yang laju, 10minit baginya. Saat itu tren menuju ke sekolahnya akan tiba dalam masa 5minit lagi. "ketibaan tren ke station Z,"pengumuman di buat. Tren ke station Z telah membuka pintu menerima penumpang. Dalam masa seminit pintu itu akan di tutup. Sakura melajukan lagi lariannya lepas berjaya memasuki laluan ke station  dan seminitnya dia berjaya memasuki tren dan perlanggaran kecil berlaku. "Maafkan saya,"kedengaran suaranya sudah lelah. "awak okay, sakura,"tegur seseorang yang dia kenali. Sakura mengangkat mukanya dan terkejut melihat sachii tersenyumm. "ye saya okay,"balas sakura. "mesti penatkan berlari tdi, saya nampak awak berlari tdi,"kata sachii sambil menahan ketawanya. "bertenaga betul awak pepagi ni,"ketawa kecil kedengaran. Sakura terus menunjuk respon. "okay2 saya minta maaf,"kata sachii dan menghulurkan botol mineral kepadanya. Sakura menerima pelawaan sachii dan minum air mineral tersebut. "sentuhan tak di sengajakan. Awak dah berjaya mengambil first kiss saya," kata sachii.  Sakura tersedak tertiba dan terus memulangkan botol tersebut."Sama2,"gelak kecil si sachii bila mengusik sakura. Melihat reaksi sakura pagi terhibur hatinya. Sachii terus mengusap kepala sakura, "sorry, saya mmg suka mgusik. Jangan ambil hati ye,"tegur sachii. Sakura tertunduk kerana terasa dirinya di hargai. "Sachii senpai lambat juga ke,"tegur sakura. "lambat?,"balas Sachii. Sachii melihat masa di jam tangannya. "ohhh jam saya baru pukul 7pagi,"kata Sachii. Sakura terkejut seketika dan melihat jam di tangannya. Kedengaran keluhanya. "jam di rumah rosak lagi,"keluhan sakura kedengaran ke telinga sachii. "Padan la,"kata sachii. "apanya?,"tegur sakura. sachii terus geleng kepala dan menahan ketawa.

Waktu kelas telah bermula. Belum sempat sakura memanaskan bontotnya, terasa dirinya di perhatikan. "Ame, kenapa awak tgok saya mcm tu?," kata sakura sambil menyusun buku untuk pelajaran seterusnya. "Tadi awak datang ke sekolah dengan sachii senpai kn,"tegur ame. "kan semalam, sakura dh beritahu kami satu haluan. Lagipun itu satu kebetulan je,"balas Sakura sambil menahan malunya. "Yeke,"jawab ame sambil mengusik sakura. "iyeee,isk awak nie kelas dh nk mula,"tegur sakura dan tidak memperdulikan ame terus menanya tanya.

Memang satu kebetulan, sangat kebetulan. "Sachii, tdi tu siapa?,"tegur kaoru. Kebetulan mereka bakal lalu depan kelas sakura. "Siapa?,"sahut sachii sambil meletakkan buku di sisi kirinya. "Ala.. Kau nie buat2 lupa ke sachii,"tegur kaoru. "kau tk nk rekomen dia kat aku ke?,"sambung lagi kata Kaoru. "Kau? Dr kau aku kenalkan, better diri aku yg rekomenkan pd dia. Buaya darat,"gelak sachii sambil jeling ke kelas di sisi kirinya. Serta merta matanya terbulat dan menutup mukanya dgn buku sambil lalu di sebelah kelas tersebut. "Ehhh, hai si comel,"tegur kaoru bila melihat sachii terkial2 menutup mukanyaa dgn buku. Sakura yang berada di situ tertunduk seketika bila terdengar perbualan sachii dan terpandang muka sachii. "Panjang umur  sachii, sakura,"tegur ame dan ketawa kecil. "iskkk,"tegur sakura. Sachii menarik tangan kaoru bila perasan kaoru tiada di sebelahnya. Sachii sempat memandang Sakura yang sedang termenung ke depan. Serta merta dia senyum dan sakura tertunduk sekejap.

Comments

Popular Posts