Philophobia 6

Philophobia 6

"Terima Kasih untuk hari itu,"kata Stella. "Tak apala, lagipun saya faham. Awak mesti ada urusan lain mahupun awak segan nak jumpa sachii senpai,"kata Sakura. Stella menampilkan senyumannya. Sesaat itu, sakura terpegun melihat kecomelan stella. "Sakura tak wakil kelas mana2 sukan ke?,"tegur Stella. "takpun, lagipun saya dah jadi ajk first aid. Jadi serta merta mana2 game mahupun sukan saya tak boleh terlibat,"balas Sakura sambil melihat situasi klinik pelajar tersebut. Stella turut sama melihat situasi klinik tersebut dan matanya menjeling memandang sakura. "maaf la ganggu masa awak, saya saja dtg nk tegur sapa dgn awak. Nanti kita borak lagi ye,"kata Stella sambil senyum. "tak mengapa,"balas Sakura. Stella bergerak keluar dari klinik pelajar tersebut dan berlalu pergi. Serta merta dia terpandang sesuatu di tray dan mencapainya. Sakura masih berkhayal dan cuba melihat stella, 'Yup aku tak bermimpi bercakap dengan pelajar comel tdi kn?,'bisik hatinya. Sakura melihat masa di jam tangannya. 'Ehh sejam lagi waktu game sachii senpai main game,'bisik hatinya. Serta merta dia mengarah ajknya mengikuti teamnya ke gelanggang bola keranjang.

Pusat sukan. 

Permainan yang bakal bermula, permainan bola keranjang berkumpulan tahun tiga. Sakura dan team first aidnya tiba terlebih dahulu. Stella di sudut player sampai dan serta merta mendekati sakura. "jumpa lagi kita,"tegur stella. "ohh hai stella,"balas sakura yang kelihatan busy dengan tugasannya. Hatori tiba dan menyapa stella dan sakura. "sakura okayy?,"tegur Hatori. "Saya okay je hatori senpai,"balas Sakura. Matanya tertumpu pada tangan hatori. "Ohhh ni air si sachii tu,"kata hatori apabila dia perasaan pandangan sakura tertumpu pada botol di tangannya. "tapi sekejap je saya dtg nie. Boleh sakura sampaikan pada dia,"kata Hatori sambil merayu. "Baikla,"balas Sakura. Stella yang memerhati mampu menahan rasa marah. Hatori membawa dirinya dan meninggalkan tempat tersebut. Serta merta nama sachii di jeritnya. "oii jgn buat malu team bola keranjang,"jerit hatori. Sachii terus pusing dan lambai tangan. Matanya tergamam melihat sakura berada di tempat player. "Geng sekejap ye,"tegur sachii sambil berlari ke tempat player. "sakura,"panggil stella. Sebelum tibanya sachii di situ, stella telah menukar botol minuman tersebut dengan minumannya setelah sakura meletak botol air tersebut di beg sachii. "Tak ada apa, saya nk beri ni pada awK,"kata stella sambil menunjuk sesuatu pada sakura. "ehh tercicir ke ?,"jawab sakura sambil meraba. "Haah, " balas stella sambil melihat sachii muncul dan menegur Mereka. "Sachii senpai,"tegur stella lagi. Serta merta sakura terkejut. Sachii ketawa kecil. "haii stella, game volleyball mcmna?,"tegur sachii. "Sekejap lagi permainan bermula,"kedengaran suara sedih keluar dari mulut stella. "Maaf tak dapat tengok perlawanan sachii. Jadual kita bertindih. If tidak stella sokong team sachii,"kata stella lagi dengan nada manja. Terusik hati sakura Seketik melihat kemesraan mereka berdua. Sakura membawa diri sehingga dia leka tentang botol tersebut. Stella berjaya mengubah pandangan sakura dan sachii. 'perlawanan bakal bermula,'bisik hati stella.

Sakura menonton dari jauh sebagai kecemasan andai ada player yang cedera. Matanya hanya tertumpu pada permainan sachii sahaja sehingga terimbas kejadian stella bermanja di depannya. 'iskkk utk apa aku rasa cemburu,'bisik hatinya. "Maaf sesiapa tolong bawa sachii senpai bilik kecemasan!!!!,"kata player tersebut. Sakura yang mengelamun terkejut mendengar kejadian tersebut. 'permainan baru bermula, kenapa,'bisik hatinya sambil mengarah teamnya membawa sachij ke bilik kecemasan. Kejadian tersebut mengejutkan hatori yang berada di bahagian ajk hadiah. Game tersebut di teruskan dengan mengganti player. Di bilik kecemasan, "Sachii senpai tertiba pengsan dan tak sedar diri doktor hinori,"kata Sakura. Doktor Hinori selaku cikgu sains di sekolah tersebut membantu melihat keadaan sachii senpai. "Nadanya masih ada, berpeluh tiba2. Panas mendadak. Ada pape yang dia makan atau minum sebelum ni,"kata dr.hinori. "Ada, minuman yang biasa dia minum,"balas kaoru yang kebetulan berada di tempat tersebut dan menghulur minuman tersebut. Dr.hinori menghidu dan cuba untuk minum. "minuman ni mengandungi bahan alergik,"balas dr.hinori. "Minuman ni saya letak di dalam beg sachii senpai. Hatori senpai pun tidak berkata apa2 pula pasal minuman ni,"kata Sakura dengan perasaan serba salah. Hatori tiba dan terdengar perbualan mereka. Dia melihat botol tersebut. "ni bukan botol dia,"kata hatori. "Hatori senpai,"tegur sakura. Melihat sakura dengan renungan yang tajam. "Bukan salah saya,"kata sakura. "maaf boleh semua keluar dari bilik sekejap. Jangan risau ada ubtnya,"jawab dr hinori. Matanya melihat sakura hampir menitis airmata. 'beban apa yang aku dapat. Sedangkan aku pasti aku meletak botol yang betul,'bisik hatinya.

Bilik persatuan pelajar.

"Apa bukti yang mengatakan bukan awk?,"tegas hatori. "saya pasti bukan saya. Untuk apa saya buat sedemikian,"tegas sakura. "tak apa la. Selagi tiada bukti apa2 saya tak akan tahan awk,"kedengaran keluhan hatori. "hatori senpai,"kata sakura dengan nada sedih. "Its okay sakura, hatori perlukan ketenangan. Lagipun sachii senpai sahabat akrabnya. Jadi dia agak sukar untuk menerima. Kami cuba cari bukti untuk membantu,"kata ayumi. 'Aku pasti ada yang cuba meletakkan aku sebagai suspek,'bisik hatinya. Tertiba fikirannya terlintas stella. 'tak mungkin dia. Sepanjang tu dia dgn aku,'bisik lagi hatinya. Stella muncul di depannya sambil mengusap air mata. "stella,"tegur sakura. "Sakura,"kata stella sambil mengusap airmata tak seberapa. "kenapa semua ni jdi pd sachii senpai?,"balas stella. "saya tak pasti stella,"keluhan kedengaran. "Sachii senpai kenapa dengan dia?,"kata stella sambil menutup mukanya. "Saya...,"kata sakura sambil menunduk kepalanya. 'aku yakin bukan stella melakukannya,'bisik hatinya. 'Padahnya bila kau cuba rapat dgn org yg aku rapat,'bisik hati stella."Maaf, saya perlu ke klinik,"kata Sakura sambil meninggalkan stella. "baik la,"balas stella sambil menjeling ke arah sakura yang berlari. Terdampar senyuman sinisnya seketika bila sakura hilang dari pandangannya. Secara kebetulan hatori keluar dr bilik persatuan pelajar terpandang stella dan sakura.

Klinik kesihatan sekolah.

Sakura berlari dan menutup pintu. Menuju ke tirai langsir yang menutup katil pesakit. Seketika dia termenung melihat katil di mana sachii berada. Doktor Hinori tiba di klinik tersebut dan melihat waktu di jam tangannya. "Sakura, awak tak balik lg?,"tegur Doktor Hinori. "Hinori sensei, sachii senpai macamana?,"kata sakura sambil mata merenung ke katil tersebut. Mengimbau saat kecemasan yang berlaku di siang hari membuat dia terasa kecewa dgn dirinya sendiri. "Sachii di hantar ke hospital dan di pantau oleh doktor peribadinya sendiri,"balas Doktor Hinori sambil mengusap kepala sakura. "Tak perlu bersedih. Lagipun bukan salah awak,"tegur doktor hinori lagi. Doktor hinori keluar dari klinik tersebut. Kedengaran nada dering telefon miliknya. Sakura membuka notification yang tertera mesej dari sachii, 'maaf, saya tak dapat meneman awak balik,' tertera mesej tersebut di skrin telefon bimbitnya. Seketika itu airmatanya menitis.

Hospital di mana sachi di tempatkan. 

Tangannya memegang telefon bimbit dan melihat perkataan READ di Line Apps nya. 'Adakah dia menangis kerana kesilapannya,'bisik hatinya. Pandangannya melihat ke luar jendela dan termenung untuk seketika. 'Aku pasti dia menangis,'bisik lagi hatinya. Sachii di tempatkan selama dua hari atas risiko kesihatannya. Setelah dua hari itu sakura lebih banyak mendiamkan dirinya. Sachii pula merehatkan diri di wad sambil melihat suasana luar.

"Bagus la kau dah kembali ke sekolah,"tegur Hatori bila melihat Sachii kembali semula. "hahahaha kau rindu aku ye hatori,"balas Sachii saat dirinya di tegur oleh Hatori. Hatori menampilkan senyuman dan terus menepuk bahu Sachii.  Sachii tersenyum sahaja dan saat itu dia terpaku melihat sakura di hadapannya. Sakura pun turut sama.

Comments

Popular Posts