GUARDIAN BAB 4 TENANG SETENANG ANGIN

Bayangan Rina di dalam ingatannya segar, melihat wajah Rina yang kemerahan dan senyum. Dia teringat kembali mereka bersama. Kedengaran suara Ryuu menangis, Kotaru menuju ke bilik kecil yang dahulunya bilik simpanan buku-buku belajar mereka. Katil mini yang terletak di tepi tingkap yang kecil, Kotaru mendekati dan mengambil ryuu di sisinya. Ryuu di dodoikan di dalam dakapannya, melabuhkan punggungnya di sisi katil sambil mendodoikan Ryuu yang sedang di susukan botol. Kotaru termenung ke luar tingkap. Malam yang panjang dan sukar untuk dia kembali ke biliknya bila Ryuu masih tidak terlena dari tidur.

Hayato ketika itu gegas ke bilik kecil tersebut, dia terlihat Ryuu dan Kotaru terlena bersama dengan kesejukan. Allan dan Yuki yang baru saja balik dari kerja melihat kejadian di dalam bilik ketika mereka melalui. Allan terus berlalu pergi, dia masih tidak mampu menerima situasi di dalam rumahnya. Mungkin kerana dia tidak mengemari kanak-kanak atau kerana Kotaru menyakiti hati si gadis misteri tersebut yang juga ibu kepada Ryuu. Even, Allan tidak menetahui siapa tapi kenangan di Universiti saja cukup membuat dia sakit hati dengan Kotaru. ‘Entah berapa ramai yang kau dah sakitkan,’bisik hatinya sambil pergi meninggalkan Yuki. Kai datang membawa selimut , Hayato mengambil Ryuu dari dakapan Kotaru dan mengembalikan Ryuu di Katil tidur kecilnya semula. Hayato cuba untuk mengejutkan Kotaru tapi di haling oleh Yuki dan mereka berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di dalam bilik tersebut.

Sepuluh bulan berlalu, tiap gerak geri mereka di perhati dari jauh. Melihat Ryuu di dalam jagaan mereka cukup membuat Gadis itu tersenyum. Gadis tersebut terus berlalu pergi meninggalkan mereka. Kai baru saja selesai membawa Ryuu dari pemeriksaan bersama-sama Hayato. Ruyi melambai tangan sambil senyum. “kau sukanya bukan main,”kata Yuki bila melihat Ruyi begitu gembira. “Ala bukan selalu aku dapat bermain dgn Ryuu,”kata Ruyi sambil berlalu pergi. Yuki mencapai tangan Ruyi, Ruyi terhenti dan terus pusing berpaling ke muka Yuki. Yuki menyedari tindakanya terus melepaskan tangan Ruyi. Yuki terus meninggalkan Ruyi yang terpingar-pingar. Yuki berasa agak geram dengan cara Ruyi. ‘Perasaan aku masih ada , tolong jaga perasaan aku Ruyi,’bisik hati Yuki. “Itu kenapa tertiba?,”kata Ruyi yang terpingar-pingar selepas kejadian tadi.

Allan off day dari bekerja, gilirannya dia menjaga Ryuu ketika Hayato,Kai dan Kotaru pergi kembali ke tempat kerja mereka. Hayato, Kai dan Kotaru bekerja sama-sama di sebuah kedai yang di bangunkan oleh mereka sendiri dengan share yang sama. Hayato juga melakukan part time kerja sebagai tutor dan masih menyambungkan pelajaran ke Level Master dalam Jurusan Pendidikan Kanak-kanak, manakala Kai lepas habis belajar terus bekerja di  kedai mereka bersama sebagai Accountant dan dia juga melakukan kerja sebagai accountant di sebuah syarikat dengan kontrak, Kotaru pula merupakan tukang masak dan Pemilik Kedai tersebut kerana dia pelabur share terbesar di antara mereka.

Ryuu termenung melihat tv, di baringkan di dalam kerusi baring sementara Allan membuat kerja di dalam biliknya. Untuk seketika saja, kedengaran suara Ryuu menangis kerana keseorangan. Allan yang menyedari tidak dapat memberi tumpuannya terhadap kerjanya. Allan seorang Engineer berkontrak dengan sebuah Syarikat Elektronik dan Elektrik turut meluangkan masanya dengan projeknya tersendiri. Serta merta, Allan mencapai headphone dan memainkan lagu dgn volume tinggi. Suara tangisan Ryuu tenggelam dalam lagu tersebut. Ryuu cuba untuk membangunkan badannya masih kecil, tangannya di capai dengan langsir di sebelahannya. Allan yang tidak sedar perkara yang berlaku cuba merendahkan volume lagu tersebut. “Mungkin dah tidur lah tu,”bebel Allan berseorangan sambil keluar dari biliknya. Matanya tergamam melihat langsir yang baru saja dia pasang tercabut dari tempatnya. Dia dengan pantas mencapai langsir tersebut dan pasangnya kembali. Perasaannya marah untuk seketika bila melihat Ryuu tiada di situ. Gelisah untuk seketika tiba. Allan mencari di sebalik kerusi baringnya, melihat di bawah meja. Kepalanya tergaru seketika walaupun tidak gatal. “Mana pulak makhluk kecil nie pergi?,”perasaannya risau timbul. Benci-benci dia pun pada Ryuu, tidak lah sekejam untuk menghilangkan Ryuu dari pandangannya. Matanya tertumpu pada kelopak bunga berteraburan tiup masuk ke ruangan tamunya. Dia kehairan bagaiman budak sekecil itu turun dari kerusi baringnya dan menuruni tangga.
Jendela di buka dengan luas, kesilapan pertama terjadi, tidak di kunci menjadi kesenangan buat Ryuu keluar merangkak mencari teman. Halaman yang penuh dengan rumput-rumput hijau dan bunga-bunga milik Kai yang di tanam di kebun kecil miliknya. Tananam buah-buahan yang membesar terutama strawberry liar di tanam begitu dekat. Ryuu merangkak menuju ke Taman Strawberry tersebut untuk seketikanya dia mencapai strawberry yang masih belum kemerahan dan dia memakan nya sedikit. Melihat rama-rama berterbangan di depannya dia cuba untuk mencapai. Allan turun ke ruangan tersebut, melihat Ryuu sedang terddk menikmati strawberry smbil bermain dgn rama-rama yan berterbangan di atas kepalanya. Allan mengeluh, satu persatu Ryuu membuat dirinya angin satu badan. Allan menuju kepada Ryuu di saat Ryuu leka bermain dgn keadaan dirinya masih belum bias berdiri dan berjalan. Tangan mengusap kepala Ryuu, “Lapar ke?,”jawab Allan. “Jom makan,”jawab Allan lagi. Ryuu senyum bila memahami perkataan yang keluar dari mulut Allan.

Makanan Ryuu di keluarkan dari Peti ais untuk di hidang. Peti ais di buka, terdampar satu persatu Tupperware yang bertanda ‘PAGI’, ‘PETANG’, ‘MALAM’. Allan terus mencapai makanan pagi yang berisi nasi yang di blend bersama-sama dengan brokoli dan  lobak. “Sebelum tu, kita mandi,”kata Allan dengan nada tinggi sambil melihat rupa Ryuu yang sudah comot akibat main di luar. Ryuu mengangguk seperti dia memahami situasi yang berlaku. Allan mencapai tuala dan membuka baju Ryuu dan tab mandi kecil milik Ryuu di panaskan sedikit air agak Ryuu selesa dengan untuk di mandikan. Allan pelahan-lahan menyiram badan ryuu sambil membiar ryuu bermain di dalam tab tersebut.
Ring! Ring! Ring! , kedengaran telefon bimbitnya di bilik menganggu perhatiannya di kala dia bersma Ryuu. Melihat Ryuu leka bermain dengan air dgn permainan kecilnya. Dia meninggalkan sekejap dan berlari ke bilik untuk capai telefonnya. “Hello, ye, aku….,”kata Allan sebelum kata yang dia ingin sebut tidak habis. “ Serius ke,?,”balas Allan sambil mencari Fail kertas kerjanya. “Alamak, sekejap lagi aku call balik, aku cari semula mana silapnya,”jawab Allan sambil leka mencari surat tendernya. Ryuu yang leka bermain tertiba terassa matanya terpedih, dia terus merengek memanggil Allan. Allan yang leka mencari tidak mendengar suara Ryuu, dia menerima banyak panggilan, suara Ryuu tenggelam di sebalik ringtone lagunya. ‘Itu suara Ryuu, aduhh,’bisik hatinya. Dia terpegang satu kertas tendernya, dia meloncat kegembiraan terus mendial nombor yang dia terima tadi. Selesai kerjanya, Allan kembali semula pada Ryuu, Dia melepas rasa lega bila melihat Ryuu masih di dalam tab. “Maaf sangat,”kata Allan sambil membasah badan Ryuu. Ryuu diam dan tidak menyahut. Allan pelik. Dia terus angkat Ryuu dan keringkan kepalanya. Seketika dia merasa risau bila Ryuu tidak menyahut, untuk seketika dia terbayang berkemungkinan suara dia dengar tadi satu tangisan dan stop tertiba. Bila melihat rambut Ryuu di basahi air, dia kehairan, usianya kecil tidak lgi mampu untuk angkat air tapi bagaimana. DIa menyedari berkemungkinan Ryuu menyelam dan tergapai tu sebab dia terlentang di dalam Tab kecil tersebut. “ Ryuu,”panggil Allan. Allan mendengar jantung kecilnya. Tiada denyutan. Allan terus membuat CPR supaya Ryuu kembali bernafas. Allan kerisauan, dia tidak tahu untuk buat apa, dia meneka dada Ryuu mengira sehingga air terkeluar dari mulut Ryuu. “Ryuu, bangun sayang,”jawab Allan saambil mengiring badan Ryuu. “Kau bawa dia pergi hospital segera sebelum berlaku perubahan pada badannya,”kedengaran suara Yuki di sebalik panggilan telefonnya.

HOSPITAL Y

“Bawa dia kecemasan dengan segera,”jerit Allan. “Mana Dr.Yuki?,”jerit lagi Allan. Yuki kelam kabut turun ke bilik kecemasan bersama-sama Ruyi. “Allan,”panggil Yuki sambil menarik tangan Allan. “Kau dah buat satu tindakan awal, dia dah bernafas sudah cukup, selebihnya biar kami lakukan,”kata Yuki sambil menenangkan Allan. “Kau kena relax, Biar Dr.Ruyi lakukan kerjanya,”kata Yuki. Allan terduduk, “Silap aku, kalau aku tak angkat call itu, mungkin Ryuu tidak di abaikn,”jawab Allan. “Aku tak nak perkara ini terjadi di saat aku kehilangan ,”jawab Allan tatkala itu air matanya menitis. “Dr, kami perlukan awak di sini,”jerit Ruyi. Yuki bangun dan terus menuju ke katil di mana Ryuu di lantarkan.

Wad kanak-kanak.

Kotaru, Hayato dan Kai baru menerima panggilan kecemasan kelam kabut ke Hospital setelah menerima panggilan dari Allan. Allan ketika itu menanti mereka di wad di mana Ryuu di letakkan. Yuki mengusap bahu Allan agak sentiasa bersyukur dengan apa yang di hadapi. Allan menunduk kepala sambil tangan Ryuu di genggam dengan lemahnya. Allan mencium tangan si kecil. Pintu bilik tersebut di buka dengan pelahan, “Yuki, mcmna keadaan Ryuu,”jawab Hayato. Kotaru melulu masuk ke bilik sambil melihat Ryuu di lantar baring. Allan terlena di sisi katil tersebut. Kotaru mendekati katil Ryuu dan mengusap kepala Ryuu, “Maafkan Kota, ketika kota busy, awak jadi mcmnie,”kata Kotaru.

Pagi menganti malam, kedinginan sejuk terasa, Allan terasa dirinya di beban dengan helaian selimut terkejut melihat Semua rakannya di sekitarnya. Kotaru terjaga dari tidur bila dia di kejut oleh Allan untuk baring dengan selesa. “Kau dah bangun,”jawab Allan. “iye, maaf pasal hari ini Kota. Aku tak..,”belum terhabis kata-kata Allan. “tak apa, kemalangan ini tak di jangka,”kata Kotaru sambil mengusap kepala Ryuu di sebelahnya. Ryuu di buai mimpi dan terjaga di tengah pagi ketika Kotaru datang menziarahnya. Allan melihat Ryuu kembali lena dan seperti dulu, Allan cukup gembira. Yuki datang membawa makanan sambil melawat Ryuu. “Korang dah bangun. Baguslah. Ryuu pun dah kembali sihat cam biasa,”jawab Yuki. Allan memandang Ryuu dan mengusap tangan kecilnya. “Aku silap pandang ke,”tegur Hayato untuk kembalikan kesunyian bilik tu menjadi sedikit riuh. “Apa yg kau silap?,”jawab Kai. “Allan tu dah tak macam dulu,”kata Hayato sambil melihat Allan memeluk Ryuu dan mencium dahi Ryuu. Ryuu di saat itu terjaga dari tidur terus memegang pipi Allan. “Nampak, Allan tu tenang setenang angin,”jawab Hayato.

Yuki tersenyum melihat perubahan Allan, Kotaru menyambut baik makanan yang di hulur oleh Yuki. “Olla,”kedengaran suara si gadis yang nyaring. “Ohh aku tertinggal cerita apa nie,”jawab Ruyi di kala dirinya menjadi tarikan teruna-teruna di dalam bilik tersebut. Teruna-teruna hanya ketawa melihat Ruyi terkebil-kebil dengan situasi di dalam bilik tersebut.

Cawan di tangannya jatuh dari genggamannya, “Ye, aku dapat tahu anak kau berada di dalam wad akibat kemalangan yang di buat oleh mereka,”ayat-ayat tersebut di keluar dari mulut gadis yang cukup mengenali mereka. Melihat lirikan mata dan bibirnya saja sudah mengetahui itu tidak salah lagi, Ruyi rakan sekerja Yuki. “DI mana dia,”jawab Rina. Si gadis misteri yang mengirimkan dan memberi amanah kepada Kotaru untuk menjaga Ryuu. Berjalan bersama dengan Ruyi menuju ke wad di mana penempatan Ryuu berada, mendengar keriuhan mereka saja, Rina yakin sudah tiba masa untuk Ryuu kembali ke tangannya semula tapi, ‘Sanggup ke Kotaru membenarkan, Bila dia ketahui Ryuu itu anak salah seorang dari mereka,’bisik hati Rina.

Nantikan perjalanan cerita mereka seterusnya, BAB 5 RACUN DAN MADU , di mana mereka mengetahui Kehadiran Rina adalah ibu kepada Ryuu dan siapakah ayah kepada Ryuu?, Siapa Ruyi kepada Rina. Kenapa Ruyi boleh turut sama dalam perancangan Rina.


Comments

Popular Posts