KEBAHAGIAAN

KEBAHAGIAAN

Image result for anime couple

Kedinginan terasa, di sebalik pergerakan di bawah selimut kedengaran dengkuran yang sayu. Bunyi ketukan periuk membuatnya terjaga dari tidur. Pintu dikuak dan bau masakan menusuk hidungnya. Keenakan masakan yang di masak memanggilnya turun menuju ke dapur. Terdampar senyuman manis di bibir seorang gadis, “Selamat pagi,” terlihat wajahnya yang masih baru bangun sambil menguap membuat si gadis tinggi hanya 5 kaki 4 inci senyum melihat telatah suaminya. “ Urmm, selamat pagi sayang,” sambil menongkat dagu.

Kisah bermula

Episode 1 : Perkenalan

Enam  tahun yang lepas

“ Tindakan kau melulu nie, Merlisa” sahabatnya cuba menenangkan Merlisa yang agak garang dan kasar. Gadis ketinggian 5kaki 4inci bersamaan 162.5cm, memiliki kulit wajah yang sawa matang dan attitude yang agak kasar dan garang melihat sahabatnya menahan sakit akibat kesakitan  kerana kemalangan tak di sengajakan, “ Kau bawa pergi basikal kau dan jangan cuba muncul depan aku lagi,” mendengar amaran yang di keluar dari mulut Merlisa , jejaka tersebut dengan muka yang agak masam membawa diri bersama basikal serta rakan-rakan yang lain mengikut dari belakang. Merlisa mendekati Erina “ Jom aku papah kau ke klinik dalam Sekolah,” Erina menyambut baik tangan Merlisa dan senyum kerana Merlisa mendengar kata sahabatnya.

Merlisa
Umur : 17tahun
Pelajar Tahun 2 Sekolah Menengah Tinggi A
162.5 CM
Seorang yang agak kasar dan garang tapi memiliki hati yang lembut .
Pemain Badminton Peringkat Daerah.

Erina
Umur : 17tahun
Pelajar Tahun 2 Sekolah Menengah Tinggi A
156 CM
Perangainya bercanggah dengan Merlisa, Seorang yang lembut dan baik hati. Agak pemalu dan sentiasa di lindungi oleh Merlisa

Klinik Sekolah Menengah Tinggi A

“ Lain kali tu jalan berhati-hati ye, kawasan situ dah jadi kebiasaan bagi penunggang basikal bawa laju,” nasihat doctor di sampaikan pada Erina sambil menyapu luka. Erina hanya mengangguk kerana luka ianya tidak serius tapi agak pedih. Kedengaran deretan kaki berlari ke klinik. Pintu klinik di buka dengan kasar. “ Erina!,” jeritan itu mengejutkan doctor yang sedang membalut luka erina. “ Erina tak apa-apakan?Luka tak seriuskan?,” kedengaran suara yang agak risau cuba menenangkan hati sendiri, Tommy. Erina senyum dan angguk “ Erina okay je , Cuma luka tak serius tapi pedih,” . Merlisa hanya mampu menongkat dagu melihat dua merpati sejoli berkasih sayang di depan matanya. “ Leganya tommy dengar,” Tommy melepaskan nafas dan duduk di sebelah Erina.

Tommy
Umur 17tahun
Pelajar Tahun 2 Sekolah Menengah Tinggi A dan Naib Presiden Majlis Persatuan Pelajar
Sahabat dan Teman Lelaki Erina
172 CM
Seorang yang penuh dengan kasih sayang dan memiliki paras rupa yang menawan.

Kelas telah bermula

“Lepas nie hati-hati ye, apa-apa pun bagitahu Tommy ye,” Tommy menghantar Erina ke kelasnya sementara Merlisa mengikut dari belakang dan terus menepuk bahu tommy. “ Jangan risaulah , dia dengan aku,” Tommy memandang Merlisa. “ Kau patut risaukan diri kau juga sebabnya ada benda yang akan berlaku,” Tommy tersenyum setelah memberi warning pada Merlisa sambil mengusap kepala Merlisa sebelum berlalu pergi. ‘Apa yang berlaku?’ Merlisa terdiam bila mendengar ayat yang dilafaz oleh Tommy. Tingkah laku mereka di perhati oleh seseorang dan pergerakannya hilang setelah tommy pergi.

Terdampar papan notis di pintu bilik ‘ Majlis Persatuan Pelajar’

Tommy masuk sambil memandang meja yang berselerak dengan dokumen. “ Kau dari tadi kat situ ke ?,” Tommy menegur seseorang yang terlena dengan bunyi dengkurannya. “ Dari tadi tu tak adalah , dia baru je lelap,” Noah membalas sambil memeriksa pengiraan pembelanjaan sekolah dan kelab. “ Macamana Erina? Cedera teruk ke?,” sambung Noah lagi. “ Dia Cuma luka sedikit je, berkemungkinan jatuh ,” balas tommy sambil mengemas Dokumen yang berselerak. Perbualan mereka membuat seseorang terjaga dari lelapnya sambil mengeliat dan membetulkan posisinya, “ Kalau aku tak Nampak kejadian tu , kau pun tak tahu apa yang berlakukan, tommy,” Sambil menongkat dagu dan memandang tommy yang sedang mengemas dokumen di mejanya. Ketukan kepala di beri oleh Tommy setelah dia terjaga dari tidur. “ Kau mengekori mereka ke , Allen,” Allen terus tersenyum sambil mengusap kepalanya. Noah hanya mengeleng kepala dan menyambung kerjanya semula.

Allen
Umur 17tahun
Pelajar Tahun 2 Sekolah Menengah Tinggi A dan juga Presiden Majlis Pelajar Sekolah tersebut
Rakan Tommy sejak kecil
Dia di kenali dengan sikapnya yang peramah dan memiliki senyuman yang manis tapi seorang yang agak tegas dan berdisiplin
172 CM

Noah
Umur 16tahun
Pelajar Tahun 1 Sekolah Menengah Tinggi A dan juga Bendahari Majlis Pelajar Sekolah
165 CM

Perjalanan masa sekolah di teruska sehingga ke waktu akhir kelas.

Pukul 6petang tiba masa untuk pulang . Erina di temani Merlisa sambil Merlisa membantu memimpinnya.
“Maaf, tommy tk dapat teman Erina balik bersama, Musim baru dah bermula jadi banyak perkara nk di siapkan,” Tommy menjelaskan kesilapannya kepada Erina. Erina membalas dengan baik “ tak apa , Merlisa ada untuk teman Erina balik. Erina faham,” Kebaikan erina dan memahami tommy merupakan perkara yang membuat tommy menyayangi erina. Tommy mengusap kepala Erina sambil senyum melihat senyuman Erina, “Tq, Esok kita balik sama-sama ye,”. Erina mengangguk dan tidak mengharapkan pape.

Merlisa menghantar Erina ke rumah dan membuka pintu untuk Erina , “ Kita dah sampai,” Melihat Erina termenung jauh , Merlisa bertindak mencubit pipi erina supaya sedar. “ Aduh!,” Erina terus sedar dan memandang Merlisa sambil memegang pipinya. “ Termenung jauh sampai lupa kita dah sampai rumah nie,” Merlisa menegur Erina. Erina memandang rumahnya sendiri dan tersenyum. “ Tq lisa,” Merlisa terus mengusap kepala Erina dan berlalu meninggalkan Erina. Tingkah laku mereka di perhati oleh seseorg.

MAJLIS PERSATUAN PELAJAR SEK.MENENGAN TINGGI A

“ Menghilang lagi?,” Tommy mengeleng kepala selepas menjumpa Erina. “ Dia bukan hilang , dia melarikan diri,” Noah membalas. Pintu di buka dari luar dan tommy menyambut dengan muka seriusnya. “ Allen.” Allen terkedu dan terus tersenyum. Tommy mampu mengeleng kepala.

8 Malam

Kelihatan plastic yang penuh dengan barang keperluan. Merlisa mengeluh dan membebel seseorang tanpa menghirau orang di sekelilingnya. Serta merta dia menjerit dan membuat orang di sekelilingnya terkejut dan berbisik sesame sendiri. “ Arghhhh… benci betul bila di ingat kembali. Kenapa lah boleh terserempak semula dengan mamat yang annoying,” Merlisa memerhati sekelilingnya dan menyedari dirinya di perhati terus membawa diri jauh dari kawasan tersebut. Kaki berjalan seribu langkah dengan pantas serta merta terhenti dengan pelahan , “ sekejap macamana dia boleh tahu aku kat situ dan arghh serabut lah ,” Merlisa terus membawa dirinya pergi. Gelagat dan tingkah lakunya menjadi perhatian seseorang dan terdampar senyuman sinis di bibirnya, “ Merlisa,” . Merlisa serta merta terkedu dan seram sejuk di kawasan tersebut, “LOL, naik bulu roma tengkuk segalanya, uishhhhh,” Merlisa lari dan terus memecut. Tingkah Lakunya menjadi hati pengintip tersbut gelak ketawa.

Setibanya Merlisa di rumahnya, dia memberi barang tersbut kepada Ibunya dan terus memecut ke bilik tanpa berkata apa. “ Ohh,lisa tadi erin call mena…nyakan… Ehh, ibu tak habis cakap dia dah masuk bilik,” Puan Kim hanya mampu mengeleng kepalanya. Merlisa menghempas badannya ke katil dan mengiring ke sisi kanan sambil memeluk bantal. Bayangan di tempat kejadian terus menghantui

30minit sebelumnya,

“Merlisa keluar dulu,”kata merlisa di dengari dan di sahut oleh Ibunya. “ Jangan lupa barang yang ibu kirimkan itu,” Balas Puan Kim kepada anak tunggalnya. Pintu di tutup serta merta selepas dia membalas semula pesanan ibunya.

Shoppingmall market

“Barang yang perlu di beli adalahh..,” Merlisa mengumil seorang-orang sambil mencari barang yang di pesan oleh ibunya. Serta merta barang yang di jumpai di capai serentak oleh kedua-dua tangan. “Ohhh,” Merlisa terkejut akibat sentuhan tangan tersebut serta merta memandang ke kirinya melihat siapakah gerangan milik tangan tersebut. “Maafkan saya.. tapi ,” suara laki yang cukup di kenali oleh Merlisa berada di depan matanya. “ Allen!,” Merlisa tergamam dan riak mukanya berubah serta merta tanpa tunggu dan membalas dia mencapai barang tersebut terus berambus dari situ. Allen yang memerhati turut terkejut mengejar Merlisa, “ tunggu Mel,”. Merlisa berjalan seribu langkah tanpa berhenti sambil berbisik pada hatinya ‘ Dunia nie memang kecil ke, kenapa mesti dia?’ . Allen tidak putus asa, dia terus mengejar tanpa membeli apa-apa barang. Sehingga di taman, dia berhenti dan melihat Merlisa keseorangan sambil membebel. Allen senyum melihat telatah Merlisa. “Merlisa,”. Dia sedari Merlisa akan mencari suara tersebut dia serta merta sembunyi dari Merlisa sambil melihat Merlisa lari dan mata Allen tertumpu pada barang kilauan yang terjatuh dari poket Merlisa. Tangan cuba mencapai namun pergerakan tangan tersbut terhenti dan menyambut barang tersbut. “ Dia masih simpan sekian lamanya,”. Maka Allen membawa diri pulang.

Merlisa mengenggam bantal peluk serta merta airmata mengalir. “2tahun berlalu kenapa engkau muncul Allen?,”
Siapa Allen bagi Merlisa? Apa yang berlaku 2 tahun yang berlalu sehingga Merlisa begitu marah pada Allen?

Episode 2 : Kenangan Manis atau Pahit?

“ Tunggu,” kelihatan tangan yang di hiasi indah dengan kilauan membetulkan kasutnya. Rambut di betulkan dan memerhati gelagat Pujaan hatinya , “ Lambat tinggal ,” Allen terus mengusap kepala Merlisa seketika dan terus berjalan bersama.

Sekolah Menengah Rendah A

“ Korang Nampak tak tadi, Ketua Pelajar kita tu tengah hangat bercinta dengan Naib Ketua Pelajar sekolah kita sekarang nie,” perbualan rakan sekelas Merlisa di dengari sehingga ke telinga Merlisa sendiri setelah tibanya Merlisa di meja belajar. Merlisa mampu tersenyum mendengar cerita gossip yang makin berleluasa.

Rehat untuk loceng pertama berbunyi. Merlisa serta merta menaiki tangga dan membuka Pintu. “ Ohhhh, dah sampai dulu ke,” Merlisa memaparkan senyuman kepada Allen. Allen membalas dengan muka yang serius dan memandang Merlisa , “ Allen tak bebankan merlisa ke?,” Allen terus membetulkan bajunya sambil duduk di bangku yang tersedia. Merlisa menghulur makanannya kepada Allen, “ Nope, tak pun. Kenapa? Adakah sebab gossip yang hangat tu?,” Merlisa memandang Allen. Allen membalas pandangan tersebut dan serta merta menyuap makanan ke dalam mulut Merlisa, “ Okay,” Merlisa terus ketawa dengan riang.

Namun ketawa riangnnya berakhir dengan suatu kejadian yang tak di duga. “ Allen?,” Merlisa membuka pintu dan melihat Allen tengah menerima ciuman dari Naib Ketua Pelajar, Karin. Serta merta tingkah laku mereka terhenti. Allen bangun dan melihat Merlisa melepaskan senyuman terakhirnya, “ Maafkan saya,” Airmata mengalir di pipi Merlisa dan Allen tergamam dengan perkataan tersebut. “ Lain kali ketuklah pintu tu,” Karin membetulkan kedudukannya sambil memegang lengan Allen. “ Tapi apa tujuan kau datang ke sini. Mencari siapa ?  Allen ?,” Terdampar senyuman sinis di bibir Karin. “ Tak, tersalah pintu mungkin, saya minta diri dulu,” Merlisa membawa diri sambil memberi senyuman kepada Allen. Allen cuba mengejar namun di halang oleh Karin. Allen memandang Karin dan melepaskan lengannya di pegang oleh Karin.

“ Sekejap Mel, Allen boleh jelaskan. Itu …,” Allen cuba mencapai tangan Merlisa. Merlisa terus terhenti dan lap airmatanya, “ Jadi Gossip selama nie betul lah. Gossip Allen dengan Dia,”. Allen terhenti dan cuba untuk menjelaskan, namun… “ Tapi , tak apa. Lagipun Merlisa tadi nk bagitahu Allen berita gembira ataupun ianya buruk dan Merlisa pun tidak tahu berita ini berita macamna,” Merlisa terus pusing memandang Allen yang menunggu kata-katanya. “ Merlisa di tawarkan untuk sambung belajar di Sekolah Sukan hujung ta hun dan Mel ingin kongsi berita gembira ini dengan Allen. Iye memang akui tak semua tahu hubungan Kita sebenar-benarnya tapi ,” Merlisa mendamparkan senyumannya. “ Tak, jangan cakap pape, Mel,” Allen cuba hentikan percakapan Merlisa namun kereta api berlalu ketika Merlisa sedang melafazkan kata-katanya. Merlisa terus membawa diri dan Allen terpaku dan terus meraung kerana menipu Merlisa tentang hubungan dia dan Karin hanyalah gossip.

  ………………..*******………………….

Pintu terdamparnya Papan Nama ‘ Persatuan Pelajar Sekolah Menengah Tinggi’

“ Amboi termenung jauh ke,” Tommy menegur Allen yang sedang melihat pemandangan di luar tingkap. Allen tidak menyedari tingkah lakunya di perhati oleh tommy setelah tommy memasuki bilik tersebut. “Aku.. rindukan dia?,” Allen terus memanaskan punggungnya sambil memerhati gelang di tangannya. “ Siapa? Karin? Bekas kekasih hati kau ?,” tommy cuba mengusik sedangkan dia tahu siapa yang dimaksudkannya setelah memandang gelang yang di pegang oleh Allen. “ Kalau Tuhan kata itu jodoh kau , dia lari macamna pun kau juga akn berada di depan matanya,” Tommy menyambung sambil berkias sehingga Allen meletak kepalanya di meja. “ Serius, aku rindu dia,” serta merta kedengaran suara yang cukup di kenali. ZZZZzzzzzz….. “ Ceyhhh tidur tak cukup ke or malas nak dengar aku berkias lagi,” Tommy mengomel seorang-orang. “ Dia bukan malas tapi dia berjaga siang malam sebab mengintip,” Noah membalas membuatkan tommy terkejut. “ Nasib jantung aku kuat lagi,” Tommy mengusap2 dadanya.

Rehat pertama berbunyi

“ Erina, maaf tommy baru je selesai kerja kat Bilik Persatuan tadi,” Tommy berlari apabila melihat Erina menantinya di tempat biasa mereka berjumpa. Namun melihat Erina tidak keseorangan , dia melepaskan nafas lega kerana Merlisa memang setia di sisi Erina. “ Haii , Lisa” Tommy cuba menegur Merlisa yang memandangnya secara serius. Merlisa terus mengangguk dan mengambil headset mendengar lagu. ‘ Sejak hari dia pindah ke sekolah sehingga ke hari ini dia masih dingin dan tidak pernah melihat dia tersenyum seperti Merlisa yang dulu’ Tommy berkhayal seketika namun di tegur oleh Erina. “ tommy,” Erina memnaggil tommy dan tommy tersedar seketika , “ Iye erin. Luka hari tu dah sembuh ke?,” Tommy cuba untuk membuang kenangan yang dah dua tahun berlalu. Erina membalas dengan senyuman sambil menunjuk lukanya yang tidak serius “ Terima kasih pada ubat sapuan kirim yang tommy kirimkan pada Allen,”. Perbualan mereka tidak di dengari oleh Merlisa yang sedang menikmati pemandangan Langit terbentang luas di permukaannya sambil menikmati lagu ‘Daisy’. Seketika itu dia terlelap. “ Allen ada cakap dia terserempak Mel kat shoppingmall time beli barang,” Erina sambung lagi perbualan mereka seketi ka. “ Ohhh, padanlah Allen meroyan tadi kat Bilik,” Tommy terus mengangguk menandakan dia sudah faham situasi yang berlaku. “ Merlisa masih tak thu Allen ada di sekolah nie kan ,” Tommy cuba mendengar jawapan dari mulut erina kerana Merlisa baru di pindah ke sekolah tersebut Pada pertengahan tahun ini. Erina mengeleng kepala menandakan merlisa masih tidak mengetahui, “ lagipun kalau dia tahu bukan ke menambahkan lagi situasi buruk pada mereka berdua ke,” Erina cuba mengagak dan berharap situasi tersebut tidak berlaku sambil mengalih pandangannya ke Merlisa yang sedang nyenyak baring melihat awan. “ Ohhh!, itu Allen?,” Erina terus mencpai tangan tommy saat tommy sedang mengeliat. Tommy serta merta melihat ke tempat yang di tunjuk oleh Erina, “ ehhh,”

Sebelum penemuan mereka melihat Allen berada di situ.

Kaki menaiki tangga satu persatu sehingga lah terlihatnya cahaya menerangi matanya dan memaksa dia mengecilkan mata sketika. Saat dia menjejak kaki ke luar pemandangan tersebut , terdampar tubuh badan yang cukup dia kenali serta rambut yang di ikat seperti Ekor kuda yang cukup menjadi tarikan buat Allen. Dia cuba mendekati dan dia di perhati oleh dua merpati sejoli yang cuba menghalang namun tindakan mereka terhenti seketika apabila mereka melihat tingkah laku Allen menunduk menghalang cahay matahari terkena Merlisa. Merlisa yang sedang nyenyak menarik nafas bila terbau haruman yang wangi menyusuk hidung smbil terdamparnya senyuman di bibirnya seketika dan dia tidak menyedari keadaan yang  berlaku.

20 Minit berlalu , Merlisa tersedar dari lenanya serta merta membuka mata dan bangun apabila terasa dia sudah cukup terlena di situ. Erina bangun dan mendapatkan Merlisa setelah Allen meninggalkan Merlisa keseorangan dan pergi bersama-sama tommy untuk masuk ke kelas. “ Lenanya lisa tidur,” Erina menghulur tangan untuk membantu Merlisa bangun. “ Tahu tak apa, Mungkin semalam Lisa terganggu,” Merlisa menyambut baik tangan Erina. Serta merta dia terkejut bila menyedari sehelai baju terjatuh dari pehanya ketika dia sedang lena. “Ohhh,” Dia mencapai baju tersebut dan memeriksa baju tersebut. “Siapa punya nie ye?,” Merlisa cuba mendapatkan jawapan dari Erina. Erina mampu mengemam bibir dan akhirnya dia menjwab “ Ohh tdi ada Ketua Pelajar datang sekali lepak dengan kita , dia perasan Lisa mengigil kesejukan sebab angina jadi dia bagi pinjam baju tu pada Lisa,”. “ Ohhh,” Merlisa memegang baju tersebut dan terus membawa diri bersama-sama Erina menuju ke kelas.

Kelas 2-1

Telah masuk waktu sesi petang, Aktiviti Sukan akan bermula. “ Jangan lupa time prep pastikan kelengkapan semua berada di tangan masing-masing,” Cikgu menjerit supaya tiada lagi berlaku kehilangan. “Ohhh, bukan itu Tommy ke ,” Kedengaran suara pelajar-pelajar perempuan menjerit-jerit bila terlihat seorang lagi Pelajar berjalan di sisi Tommy. Namun tindakan mereka tidak menarikkan perhatian Merlisa saat merlisa sedang cuba memanaskan badan untuk permainan akan bermula sekejap je lagi. Erina pula melambai tangan apabila melihat tommy sedang memandangnya. Tommy membalas dengan senyuman. Allen hanya mampu menjeling dan terkedu melihat Merlisa bersama-sama dengan Erina di Stadium Sukan tersebut. “ Lisa , masa memanaskan badan dah selesai, minta tolong amk kan kelengkapan peralatan sukan di Bilik Sukan,” kata Cikgu Gary. Merlisa mengangguk menandakan dia faham dan setuju. Seketika itu , Allen menepuk bahu tommy untuk gerak dahulu . Jeritan pelajar-pelajar perempuan terus kedengaran bila melihat Atlet dan Ketua Persatuan Pelajar berlari meninggalkan tommy yang sedang terpaku dan mengaru kepala sendiri.

Bilik Sukan

Merlisa mencari dan membawa alat-alat sukan yang diperlukan ke Stadium. Ketika cuba membawa, tanpa di sedari peralatan tersebut terlanggar sudut rak barang dan barang di rak tersebut yang terletak di aras tinggi terjatuh dari tingkatnya. Merlisa cuba bergerak tapi pergerakannya terbatas kerana di sisi kiri kanannya di kelilingi dengan Pagar Lompat yang sukar untuk dia bergerak. Dia memejam mata , “ Aduh,” Kedengaran suara yang cukup dia kenali dan bau yang ckup dia rindukan. Merlisa membuka mata dan melihat tubuh badan di depan nya, dia cuba melihat ke muka gerangan tersebut, Merlisa tidak dapat melihat dengan jelas kerana Cahaya dari luar memasuki bilik tersebut membuatkan muka yang terselindung tersebut mendamparkan senyuman, “ Baguslah awak tak apa-apa,” Suara itu cukup-cukup dia kenali. Tubuh milik seorang lelaki yang cukup dia kenali. Allen bangun dan mengalih barang yang berada di sekeliling untuk memudahkan Merlisa bergerak. “ Boleh bangun tak,” Allen cuba menghulur tangan kepad Merlisa. Merlisa sert merta memukul tangan tersebut dan membawa diri ke luar dari Bilik sukan tersebut bersama-sama dengan Alat sukan. Allen hanya mampu tersenyum dan melihat Merlisa pergi.

‘Kenapa? Kenapa mesti dia berada di sini?,’ Merlisa mula terasa geram setelah melihat jejaka tersebut adalah Allen. Bekas Pujaan Hati dia di Sekolah Menengah rendah A.

Sukan pun bermula. Melihat Merlisa bermain badminton dengan kesungguhannya. Erina memberi sokongan untuk merlisa. Di sudut penonton, kelihatan Allen meletak punggungnya di sebelah Tommy. “ Pergi mana?,” Tommy cuba melihat Allen. Namun Tommy terkedu melihat balutan di tangannya. “ Ehh kau dah kenapa ?,” Cuba memeriksa Allen. “ Aku tak apa2 lah, kemalangan tak di sengajakan dan aku adalah penyelamat dia,” Allen masih melepaskan senyuman sedang bahunya mengalami kecederaan yang serius dan hanya meletakkan kirim sapuan bengkak sahaja untuk elak ianya makin teruk. Tommy melihat Merlisa sedang semangat bermain badminton dan memandang Allen semula, ‘ Begitu sekali kau cuba untuk amik hati dia Allen,’ .

Tamat Waktu Sekolah telah berakhir. Merlisa masih di Stadium Sukan sambil termenung jauh. Pemikirannya terlintas kejadian petang tadi. ‘ “ Aduh,” Kedengaran suara yang cukup dia kenali dan bau yang ckup dia rindukan. Merlisa membuka mata dan melihat tubuh badan di depan nya,’ . Terbayang wajah Allen cuba membantunya bangun, dia serta merta memeluk lututnya dan mengetap gigi menandakan dia masih tak boleh terima. Erina duduk sebelah merlisa sambil menghulur beg dan minuman kepada Merlisa. “ Apa yang berlaku kat gelanggang tadi?,” Kata Erina cuba mendapatkan kepastian Merlisa. Merlisa menyambut baik botol mineral dan meneguk air tersbut. “ Erina mmg tahu dia berada di sini kan?,” kata Merlisa sambil merenung ke depan bagaikan menembus pentas di depannya. “ Lisa maksudkan siapa?,” kata Erina cuba mendapatkan lagi jawapan. Merlisa bangun dan mencapai begnya terus menuju ke pintu. “ Lisa?,” Erina turut bangun dan mengejar Merlisa yang dah berjauhan darinya.

Malam telah tiba. Kedengaran suara laungan anjing dan kucing berbalas. Merlisa termenung jauh dan melihat bintang. Terlintas di pemikirannya ‘ “ Apa beza bintang dan Mel?,” kata Allen sambil melihat Merlisa termenung melihat bintang di koridor tingkap biliknya. “ ermmmm, mungkin bintang memiliki cahaya yang terang tapi Merlisa berada dengan Allen membuatkan Allen rasa penuh bercahaya?,” balas Merlisa sambil memerhati Allen yang hanya berjiran sebelah dengannya. Allen ketawa dan memberi jawapan yang betul, “ Bezanya , Allen tak perlu amik bintang yang jauh sedangkan yang berada dengan Allen adalah bintang yang dekat,” . Mendengar kata-kata Allen membuatkan Merlisa tersenyum manis. “ Jom lah tidur , esok lambat lgi ke sekolah,” kata Allen sambil mengajak Merlisa untuk tidur bersama even dinding rumah mereka ada halangan mereka bersama namum mereka masih menatap dinding sesame sendiri. Merlisa mngiring ke kirinya manakala Allen mengiring ke Kanannya dan mereka sambil-sambil mengusap dinding yang memisahkan mereka seperti mengusap muka sesame sendiri.’ Mengenang kembali kenangan tersebut membuat Allen masih melakukan tabiat yang sama even jirannya bukan lagi merlisa. Merlisa pulak melihat bintang hanya membuat dia terus menangis. ‘ Adakah itu kenangan manis mahupun pahit?,’ hati mereka mula berbicara sesame sendiri.

Episode 3 : Rindu

Ketukan pintu berbunyi. “ Masuk,” Kedengaran suara dari dalam meminta untuk dirinya masuk. Allen yang sedang leka melihat dokumen terkedu melihat sekujur tubuh berdiri di depannya, “ Merlisa?,” Merlisa tidak memberi apa-apa balasan dan menutup pintu. “ Allen sihat?,” Merlisa terus duduk setelah di perlawa oleh Allen. “ Allen.. allen tak sihat sejak bape hari ini tapi melihat mel depan mata allen, allen…,” kata Allen seketika membuat airmatanya mengalir. Merlisa mengusap pipi allen dan senyum, “ Mel ada kan, Mel tak pergi mana2,” kata Merlisa membuat Allen terus memegang tangan Merlisa dan Allen terus meletak kepalanya di peha Merlisa. Merlisa mengusap kepala Allen sehingga Allen terlena.

“ Allen bangun lah ,” kedengaran suara lelaki. Allen membuka mata dan melihat sekelilingnya ketiadaan Merlisa membuat dia terjaga. “ Hah, kau cari apa?,” sergah tommy apabila melihat mata Allen melilau melihat sekitar bilik. “ Mimpi buruk or mimpi gembira?,” tommy terus menyakat Allen setelah Allen tunduk dan mngusap mukanya. “ Mimpi atau bayangan aku saja .. ianya tak akn Berjaya membuat Mel tersenyum kembali,”. “ Ahhcumm!,” merlisa terus bersin seketika , “ Ada yang mengata aku agaknya,” Sambung merlisa lagi sambil mengosok hidungnya. “ Mana tk selsema kalau tidur membiarkan tingkap tu terbuka luas,” marah Erina ketika mengejut Merlisa yang terlena tidur tanpa menyedari mereka lewat ke sekolah. “ Sekarang nie nak kena jumpa Majlis Persatuan Pelajar sebabkan disiplin kita di tegaskan oleh Guru Disiplin,” sambung Erina lagi. Merlisa hanya mampu mendiamkan diri dan membetulkan baju dan terlintas di pemikirannya apa yg berlaku sebentar tadi.

“ Mana awak dapat baju nie , Merlisa,” tegas cikgu disiplin apabila melihat baju yang di sarungnya milik Ketua Pelajar. “ maafkan saya cikgu, baju nie di beri pinjam oleh….,” belum lg merlisa habiskan perjelasannya, serta merta cikgu disiplin terus meminta dia memulangkan semula dan memohon maaf. Merlisa hanya mengangguk dan membawa diri.

Merlisa mengetuk pintu bilik persatuan pelajar ketika rehat pertama berbunyi. Beberapa hari lepas kejadian di bilik sukan sehingga ke hari ini, Merlisa masih tidak mengetahui orang yang akan dia jumpa adalah Allen yang merupakan Ketua Persatuan Pelajar Sekolah tersebut. Pintu di buka dari dalam dan di sambut oleh Noah yang keseorangan di bilik tersebut. “ Iye ada urusan apa?,” kata Noah apabila melihat Merlisa memakai baju Allen. “ Ohhh , awak nak pulangkan baju ke?,” sambung Noah tanpa apa-apa reaksi. “ Awak boleh tggu di situ, sementara Presiden akn balik sekejap lagi dari Klinik,” kata Noah sambil mengemaskan tempat yang penuh dengan dokumen. Merlisa mengangguk dan Erina hanya meneman merlisa menunggu di luar. Kelihatan dari jauh , Erina ternampak tommy dan Allen, “ Ohhh, Erina syg… kenapa ada di sini? Kan masa rehat dh nak habis lagipun maaf tak dapat rehat sama nnti rehat kedua kita lepak ye,” mendengar perjelasan tommy bukan saja melegakan Erina tapi Erina tidak pernah merungut. “ Actualy , kami dtgg lambat dan Guru disiplin tegaskan kami untuk jumpa korg berkaitan dengan hukuman dan Merlisa ada di dalam untuk pulangkan baju yg Allen pinjamkan,” kata Erina sambil memandang Allen. “ Ohhh,jadi mimpi atau bayangan kau mungki dah jadi kenyataan,” tommy terus menyakat Allen.

Merlisa yang sedang melihat pemandangan di luar tingkap terkejut bila mendengar pintu di buka. Dia menoleh melihat dan terkejut melihat Allen berada di depan pintu tersebut dan meninggalkan mereka berdua saja di bilik tersebut. “ Duduk lah,” allen melemparkan senyuman. “ Al…. tak maksud saya , Saya dengan awak nak pulangkan baju?,” kata Allen sambil memandang baju yang di pakai oleh Merlisan. “ tapi mcmna nk pulangkan sedangkan awak tgh memakainya,” sambung Allen lgi. Merlisa bangun dan menuju ke pintu. “ Sekejap Mel, Allen tak habis ckap lagi. And awak tak patut berkelakuan seperti ini dengan KETUA PERSATUAN PELAJAR. Kerana boleh menjejaskan prestasi awak sebagai Pelajar dan Pemain Badminton Sekolah atas sbb berkelakuan buruk pada saya dan Guru Disiplin,” tegas Allen membuatkan MErlisa sakit hati. “ Baiklah , di sebabkan masa tak sesuai, habis Sekolah JUmpa di sini , dan pstikan awak dtg dengan alasan yang sekarang dan tiada alasan untuk awak melarikan diri dari saya,” sambung Allen dan membukakan pintu untuk Merlisa keluar. Merlisa terus pergi meninggalkan bilik tersbut. Merlisa mengetap gigi dan mengenggam tangannya menahan marah.

Waktu Sekolah telah habis. Seperti yang di janjikan , Merlisa perlu berjumpa dengan Allen di BIlik Persatuan Pelajar. Allen menanti di mejanya sambil melihat pintu. Tommy mengemas barangnya “ Allen kau tak nk balik ke?,” kata Tommy. Allen memberi jawapan mengeleng kepala menandakan dia tidak balik. “ kalau macma tu kami balik dulu , jangan lewat sangat,” sambung tommy dan membuka pintu melihat Erina sedang menunggunya. “ Merlisa tak akn dtgkan?,” kata tommy sambil memegang tangan Erina untuk pulang bersama. Noah mengekori mereka dari belakang sambil membetlkan cermin matanya. Allen setia menanti sehingga ke malam dan akhirnya dia putus asa dan meninggalkan Bilik tersebut. Melihat lorong yang hanya di terangi cahaya bulan. Saat keluar dari pintu masuk sekolah, Allen melihat Dewan di terangi lampu. Dia cuba mendekati dan melihat siapa lagi yang masih belum beredar dari sekolah. Kedengarab bunyi hayunan raket yang kuat ‘Smash! Smash!’ . Allen terhenti di saat melihat tubuh yang sperti sedang menari memukul bulu tangkis tanpa henti. Allen berbisik dalam hati , ‘ Dengan siapa dia bermain di lewat malam mcmnie?, Ehh sekejap sepatutnya dia jumpa aku bukan bermain di saat2 mcmnie,’ Allen terus berang dan mendekati namun dia terhenti apabila melihat Merlisa bermain dengan rakan sepermainannya dan ketawa riang bila tiap kali memukul bulu tangkis pasti dia dapat mata pendahulu. Allen melihat ketawa dan senyuman yang sekian lama dia merindui. Allen berpatah balik namun niatnya terhenti seketika dan terus berjalan ke bahagian penonton untuk melihat merlisa dari jauh.

“Tq Ed sebab temankan Mel main,” kata Merlisa sambil mengelap peluhnya di leher. Melihat aksinya yang agak menggoda dengan peluh yang mengalir dari leher dan dahi membuat mana-mana laki terliur seketika. “ Tak apa. Lagipun tak thu pulak Mel pemain badminton peringkat daerah tapi kenapa berhenti setelah hamper ke Peringkat Negara?,” balas Ed sambil menghulur botol yang mengandungi Isotonik untuk mengembalikan tenaga yang hilang. “Ohhh, hahahhaha,” merlisa ketawa dan hanya menggeleng kepala sahaja kerana dia tidak pasti adakah jawapannya boleh di terima orang lain. “ Lah ketawa pulak mel nie,” ed hanya mengerut dahi melihat ketawa Merlisa. Serta merta tangan Ed mengusap kepala Mel dan senyum. “ Kalau Mel senyum dan ketawa macamnie, mungkin lelaki di luar sana mudah untuk confesse pada mel,” kata Ed sambil mengambil beg dan berlalu pergi dan matanya memandang jelling di tempat duduk penonton dan tersenyum sinis bila mengetahui mereka bukan berdua di situ. Merlisa terdiam dan terus mngambil beg dna berlalu pergi.

Luar pagar sekolah , terlihat sepasang kasut jenama Nike. Ternampak kaki yang bakal di keluar adalah milik Merlisa. Allen terus mengekori dari belakang tanpa menegur Merlisa. Merlisa menyedari allen apabila dia ternampak baying-bayang tubuh lelaki di pagar sekolah namun dia tidak menghiraukan dan cuba mengelak. Allen menyedari tindakannya di ketahui oleh Merlisa, dia tetap dengan niatnya untuk meneruskan mengekori Mel. Tingkah laku Allen membuat Mel kurang selesa dan Mel berlari sehingga ke taman. Allen terkedu melihat Mel berlari dari dia dan dia cuba mengejar sehingga ke taman.

Kaki yang berlari terhenti seketika di tempat persembunyian. Mel bersembunyi di dalam bilik air perempuan yang berada di taman tersebut sambil memerhati Allen yang berhenti di depan bilik air tersebut. ‘ Fuhhh , satu tindakan yang bagus or buruk?,’ bisk kata hati Merlisa di saat melihat Allen berlari meninggalkan bilik air tersebut. Allen tidak putus asa dia terus berlari sehingga ke luar taman dan kepenatan seketika bila melihat kiri dan kanan jalan tersebut tiada lagi bayangan Merlisa. ‘ Lajunya si Merlisa nie lari,’ Allen mengelap peluhnya dan berpatah balik memasuki taman kerana laluan tersebut tidak ke rumahnya. Merlisa keluar dari bilik air dan berjalan seperti pengintip dan melihat di sekelilingnya begitu gelap. ‘ Bahaya kalau aku lama-lama kat sini,’ bisik kata hati Merlisa bila terdengar desak desus dari celah pokok di taman tersebut. Merlisa ketakutan dan berlari sekuat boleh sehingga dia tidak menyedari dia telah terjatuh sehingga mengakibatkan luka di lututnya kembali sakit. “Aduh!,”merlisa mengerang kesakitan. Kedengaran hentakan yang kuat di lutut ketika jatuh menghempap batu membuat Merlisa tidak mampu untuk bangun. Mel cuba bangun untuk berjalan semampu yang boleh namun dia tak berdaya dan di saat dia hampir jatuhh semula , terdampar tangan menyambut badannya. Merlisa terkejut dan melihat tubuh di depannya ada Allen. “ Untuk ke2 kalinya dalam tahun nie , Allen selamatkan Mel,” kata Allen sambil senyum bila dia berjalan ke dalam taman semula bukan satu kerugian untuknya kerana dia ternampak Merlisa berlari dan terjatuh di depan matanya. Merlisa tidak mampu untuk menolak kerana kesakitan yang dia alami, akhirnya dia berserah. “ So , adakah Mel tak kisah kalau Allen cuba membantu kali nie,” kata Allen cuba meminta izin dari Mel. Merlisa memandang di tempat lain dan hanya mampu mengangguk dan membalas, “ Kalau Saya lawan pun tak ada guna juga dengan kesakitan di kedua-dua lutut saya tak dapat nk bergerak kemana-mana,”. Allen terus memerhati luka di kedua-dua lututnya kelihatan lutut kirinya sedikit luka dan luka di lutut kanan kelihatan kemerahan akibat hentakan yang berlaku. Allen dengan kekuatan dan kudratnya mengendong Mel dan berjalan ke bangku yang berdekatan untuk merawat luka merlisa. Merlisa tergamam seketika, sekian lamanya dia tidak di lakukan seperti begitu dan saat tangannya memegang bahu Allen, dia terus teringat perbezaan Allen dua tahun yang lalu dan sekanrang amat ketara. Memiliki badan yang makin sasa dan kehangatan badannya terasa sehingga membuat jantung merlisa berdegup kencang serta merta.

Bangku Taman.

Allen meletak Merlisa di bangku tersebut dgn posisi duduk. Allen melutut dan mengeluarkan segala apa yang dia ada dalam beg tersebut. DI saat dia membuka dia melihat gelang di dalam beg nya masih ada tersimpan baik dan dia menutup begnya semula . Dia memandang Mel, “ Kalau tak keberatan, boleh Allen tengok emergencykids tool yang Mel ada dalam beg?,” kata Allen sambil memandang Merlisa yang kelihatan berpeluh dan kemerahan secara tiba-tiba. Allen cuba menyedarkan Merlisa ketika itu dengan menyentuh dahi. “Mel mudah kena demam kalau biar di luar kesejukan macamnie dengan pakaian sukan yg berpeluh,” kata Allen. Merlisa tersedar bila dahinya di sentuh dan melihat muka Allen telah berada dekat dan hidung mereka kurang 3cm untuk bersentuh. Muka Merlisa kemerahan semula dan terus mencapai beg dan cuba bangun namun tindakannya di haling oleh Allen dan Allen dengan senyumnya mengambil beg Merlisa dan mengeluarkan emergencykids tool. “ kalau bergerak , lutut Mel akn makin teruk,” kata Allen sambil membersih luka di lutut kiri Merlisa. Merlisa menahan kesakitannya dan menyedari luka yang di alami oleh Allen ketika di Bilik Sukan. “ Luka accident hari tu kat Bilik Sukan dah Sembuh ke,”jawab Merlisa. Allen memandang Merlisa dan senyum bila mendengan suara lembut dari Merlisa sambil memnyapu kirim bengkak di lutut kanan Merlisa, “ Kecederaan Allen tak seteruk dan sesakit yang Mel rasa selama dua tahun nie,” balas Allen sambil membalut kedua-dua  lutut merlisa. Merlisa terdiam dan mengengggam tangannya. Allen masih di posisi melutut dan mengusap lutut Merlisa. “ Maafkan Allen kerana melukakan hati Mel,” kata Allen sambil cuba memandang Merlisa yang menyepi. Merlisa tidak dapat menahan lagi dia cuba bangun namun kesakitan itu masih terasa. “ Jangan paksa diri, marilah Allen bantu Mel hantar balik ke rumah,” Allen memperlawa bantuannya namun merlisa geleng kerana dia tidak mahu menunjuk penderitaan yang dia rasa sekarang. Allen cuba membantu tertiba kelihatan tangan mencapai tangan Allen dan terlihat Ed berada di sebelahnya. “ Tak perlu susahkan diri kau. Kau pun bahu masih belum sembuh sepenuhnya. Tak perlu hirau pasal Mel. Mel biar aku hntar dia pulang,” Ed membantu Merlisa dan membawa beg Merlisa dan pergi, “ Jom Mel,, nasib ibu mel call Ed bila tahu Mel tak balik lagi,” kata Ed sambil memimpin Merlisa pulang. Merlisa menyambut baik perlawaan Ed dan berjalan dengan kesakitan yang dia alami. Allen memerhati pemergiaan Merlisa dan terus duduk di bangku taman sambil menutup muka. “ Mel tahu tak? Allen rindukan Mel,” serta merta airmata Allen jatuh. ‘ Mel rindukan Allen juga tapi hati Mel masih sakit,’ bisik hati Merlisa.

Setibanya Merlisa di rumah , Puan Kim kerisauan dan terkejut melihat luka yang di alami. Ed menerangkan kejadian namun tidak sepenuhnya dan membantu Merlisa masuk ke bilik. Setelah Merlisa ddk di tepi katilnya , Ed mendekati dirinya dan melihat tubuh Merlisa yang masih berbaju sukan. “ Nasib Ed dtg kalau tak, tak thu apa yang akn berlaku kalau di biarkan berdua,” kata Ed sambil mengharapkan Merlisa menjwab. “ tiada apa yang berlaku Ed antara kami berdua dan terima kasih sebab hantar Mel balik, Ed boleh balik sekarang,” balas Merlisa sambil mencapai tuala di sisi katil. Ed bergerak dan mendekati Merlisa dan ddk di sebelahnya. “ Mel, jangan buat Ed mcmnie,” kata Ed sambil kepalanya di letak ke bahu Merlisa. “ Jangan buat Ed terluka dan risau,” sambung Ed lagi menunggu jawapan. “ Mel hanya anggap kita kawan dan jiran sebelah je tidak lebih dari itu,” merlisa membalas dan berhrap Ed tidak meletak apa2 harapan lagi. Ed bangun dan terus cium bibir Merlisa . Merlisa tergamam dan menampar Ed serta merta. “ Tolong keluar,” Merlisa halau Ed dan Ed berlalu pergi. Merlisa mengenggam tuala dan menitis airmata bila terkenang kembali kejadian tadi .  ‘ Allen!’ tertiba terlintas ciuman yang di terima oleh Ed sebentar tadi. Merlisa terus menutup muka dan menangis.

Beberapa hari setelah kejadian. Merlisa tidak lagi menunjuk diri depan Allen mahupun Ed. Malahan Erina turut serta tidak dapat berjumpa Merlisa. Setiap kali keluar dari rumah , akan bertembung Ed dan terus berlalu pergi even mereka akn gerak sekali ke sekolah namun Merlisa tidak lagi untuk berjumpa Ed kerana kes ciuman tersebut. Bila di sekolah , dia cuba untuk mengelak dari bertembung dengan Allen lagi2 ketika PMP sukan. Merlisa akn memberi alasan untuk ke klinik bila ternampak Allen dan Ed di dewan sukan. Erina menyedari kejadian tersebut mengikuti Merlisa.

Klinik Sekolah.

“Lisa, dah bape hari dah mcm ni. Mengelak dari siapa malahan tiap kali pendidikan jasmani dan sukan pasti alasan kecederaan Lutut,” kata erina sambil melihat Merlisa terbaring di katil tersebut. “ Tak mengelak dari sesiapa malahan lutut lisa belum pulih lagi perlu amk masa 2minggu untuk pulih,” jawab merlisa sambil menutup mukanya dengan bantal. “ Tapi sekarang dah nak masuk dua minggu,” pujuk Erina dengan harapan rakannya dengan katanya sekali lagi. Kedengaran pintu klinik di buka dan langsir yang menutup istirehat Merlisa dan Erina berada terselak kelihatan Allen dan tommy berada di situ. Allen memberi isyarat untuk bersendirian. Erina mengangguk dan membawa dirinya bersama tommy keluar . “ Waktu sukan dah habis , kau nak tetap ddk sini jgak ke , lisa,” kata Erina untuk mendpat kepastian “ Iye,” kedengaran suara merlisa di sebalik bantal tersebut. Allen terlihat baju miliknya menutupi badan Merlisa. Allen mengambil kesempatan dengan duduk di kerusi. Kedengaran serikan kerusi di sebelah telinganya, “ Balik lah erina , Lisa nk rehat sekejap,” balas Merlisa tanpa menyedari Allen berada di situ. Seketika itu , Merlisa tersedar bila dia menghidur bau yang cukup dia kenali. Dia mengangkat bantal tersebut dan melihat Allen telah berada di sebelahnya. Merlisa terbangun dan hampir jatuh ke sisi kanan. Allen menyambut dan kedua-duanya berpelukan di atas katil tersebut. Allen memerhati mata hidung bibir  yang dia rindukan. Merlisa melihat wajah Allen telah hampir dengan mukanya, dia cuba bangun tapi pelukan Allen tidak mampu dia lawan kerana badan Allen tidak seperti dulu malah lebih sasa dan terasa hangat. Serta merta Allen memberi cium  dahi Merlisa, “ Allen rindu Mel, Maafkan Allen,” kata Allen sambil menyentuh pipi Merlisa. Merlisa tanpa di sedari dia menitis airmata dan menangis tnpa henti. Allen memeluk Merlisa dan menenangkan merlisa. AKhirnya mereka terlena bersama sehingga tidak menyedari waktu telah malam.

Keesokan harinya.

Rehat pertama berbunyi. Allen terus melepaskan rasa penatnya dengan baring di rumput. Tommy yang berada di Bilik persatuan pelajar menyedari Allen keluar melalui tingkap untuk baring di mini garden bersebelah bilik tersebut. Allen teringat kejadian yang berlaku semalam , ‘Menyedari Merlisa tiada lagi di sisinya , Allen bangun dan senyum bila mengetahui dia dengan Mel berdua di sini,’ . Allen melepaskan keluhannya dan memejam mata untuk melepaskan penatnya. Seketika itu , Merlisa dan erina berjalan di lorong bersebelahan mini garden tersebut. Merlisa perasan tubuh yang dia cukup kenali , dengan pipi kemerahan dan jantung berdegup kencang dia membawa diri untuk mini garden. “ Baiklah , tapi jangan lambat sangat nnti tak dpat makanan kt kantin,” jawab Erina sambil berlalu pergi meninggal Merlisa. Erina menyedari Allen berada di situ kerana Tingkap Bilik PErsatuan perlajar tersebut terbuka luas menampakan Tommynya sedang bertugas. Merlisa mendekati tubuh tersebut dan ddk di sebelahnya. Kehadiran Merlisa tidak menyedarkan Allen yang terlena. Melihat Allen mengimbau kembali kenangan yang lalu. ‘ Riak wajahnya tidak berubah sentiasa berkerut dahi ketika tidur, begitu jugak di klinik semalam. Jadi pertanyaan apa yang dia mimpikan,’ Bisik hati Merlisa. Seketika itu dia menyedari sesuatu dan meletak baju milik Allen di badan Allen. Tindakannya menyedarkan Allen bila dia terasa helaian rambut terjatuh di mukanya. Dia membuka mata dan melihat Merlisa telah berada di depannya. Merlisa serta merta bangun, “ Saya pulangkan baju tu,” jerit merlisa dan berlari mendapatkan erina. Tommy yang sedang mengemas menyaksikan kejadian tersebut dengan mulut terlopong. Allen menyedari rakannya memerhati dia terus tersenyum dan garu kepala. Dia menyambut baik baju tersebut dan hidu. ‘Wangi,’ bisik hati Allen.

‘Apa perasan tadi? Tak akan lah aku dah boleh maafkan dia?’bisik hati merlisa. Terimbas kembali kejadian semalam ‘Allen rindukan Merlisa,’ serta merta dia menyentuh dahinya. Mukanya kelihatan kemerahan. Tindakan mereka di perhati oleh Ed . Ed mngetap gigi kerana menahan marah. Ed membawa dir untuk beredar.


 Episode 4 : Kehadiran

Dua bulan berlalu. Merlisa masih bersifat dingin pada Allen. Allen tidak menghiraukan malah terus mencari dan mengejar Merlisa. Setiap kali bertembung Allen akn berkelakuan seperti Lelaki Nakal. Kebetulan mereka bertembung di luar pintu bilik kelas, ketika Allen dan tommy lalu depan kelas merlisa dan Erina, ketika itu juga Merlisa dan Erina keluar di saat Cikgu untuk PMP seterusnya tidak masuk kelas. Melihat Allen berada di depannya sambil kenyit mata kepada Merlisa. Pasti saja merlisa akn melangkah kakinya dengan seribu langkah tanpa menghirau sahutan Erina. Allen berjalan menuju ke kelasnya mampu tersenyum melihat telatah Merlisa. Adakalah bila waktu akhir sekolah , Allen akn menunggu Merlisa di Locker kasut. Adakala tindakan Allen mncul di meja makan ketika waktu rehat sambil menongkat dagu turut membuat merlisa degup pantas. Sehingga lah carnival Kantin terbuka sekolah , Merlisa terlibat dalam acara drama pendek.

Sebulan Sebelum Karnival Kantin Terbuka Sekolah

Pelbagai persiapan di sediakan. Terdampar Papan ‘ Majlis Persatuan Pelajar’

“Okay , kita ada pelbagai acara. Iaitu acara drama pendek dari kelas 2-1 ….,”kata tommy sambil mengeluarkan kenyataan. Bila terdengar kelas 2-1 , Allen terus berkhayal dn membayangkan lakonan yang akn timbul, seketika itu , Merlisa mncul dalam bayangannya dan memanggil namanya , ‘ Allen sayang,’ .. Allen menunjukkan reaksi muka nakal dengan menayang gigi dan senyumannya sehingga namanya di panggil oleh Tommy di endahkan. “ Allen!,” sergah tommy di depan matanya membuatkan igauannya terganggu apabila Merlisa berubah menjadi tommy. “ Sudah2 lah berangan tu, mengalahkan cinta aku dengan erina dah kau nie,” ketuk kepala Allen mengguna dokumen. Allen hanya mampu sengih sambil bermain gelang di tangannya. Tommy meneruskan perbicaraannya tentang acara yang akan diadakan. “ ohh ye , petang nie kita ada meeting dengan semua wkil kelas utk acara mereka. Acara pun hanya bape kelas terlibat, jadi mungkin kita perlu lantik seseorg untuk jadi Ketua Majlis Acara tersebut,” tommy memandang Allen. “ Yang terbaik dari kau , terbaik juga untuk aku,” balas Allen. Tommy terus senyum. “ Engkau tak tahu ke Karin akn terlibat dalam acara drama pendek kelas 2-1. Itu atas undian rayuan yang di hulurkan oleh wakil kelas mereka,” kata Tommy untuk mengembalikan Allen ke dunia nyata. Allen tergaman dan memandang tommy “ Aku tak setuju,” bantah Allen. “ tapi kau dah sign untuk approvekan, kau tak baca surat permohonan mereka bila kau mengetahui Merlisa terlibat dlam acara Drama tersebut,” tommy menghulur surat permohonan tersebut dan membuat kepastiannya bahawanya mereka dah menjemput artis termuda ikut serta dalam acara drama tersebut. “ Petang nie kita ada meetingkan , so kita akn kemukakan. Aku tak nk punca dia jadi masalah kedua untuk aku dpatkan Merlisa,” balas Allen.

Bilik mesyuarat Persatuan Pelajar.

Kelihatan wakil kelas mula menghadiri seorang demi seorang . Mula mengambil tempat masing-masing untuk tugasan mereka sebelum mengetahui Ketua Majlis Acara dan ajk yang akn terlibat. Tommy membuka pintu dan Allen masuk dengan mukanya serius membuat wakil-wkil kelas terdiam seribu bahasa. “ Kita mulakan dengan Perlantikan Ketua Majlis acara sebelum kita teruskan meeting tentang acara yang akn terlibat,”Allen terus bersuara untuk mempercepatkan proses tersebut seblum melibatkan tntng permohonan dari kelas 2-1. Perbicaraan berlangsung dan permilihan di buat dan setiap wakil kelas mendpaat tugas masing-masing. “ Baik lah kita mulakan dengan acara gerai? Wakil ?,” tommy terus mendpat rekod berapa buah gerai akan di libatkan mengikut kos yang mampu. “ Seterusnya,…” sambung Tommy manakala Allen hanya menunggu dan mendengar. Sehingga tiba acara yang di nanti2kan. “ Baik lah acara drama pendek kelas 2-1, Wakil sila terangkan apa yang perlu di adakan dan di perlukan supaya kita boleh rekod keperluan?,”. kata tommy sambil menjeling Allen yang sedang menanti. “ Baju untuk hero dan heroin dan watak sampingan telah tersedia oleh kelab jahitan dari wakil kelas kami. Dan kami mempunyai pelakon yg terlibat salah satunya….Pelakon termuda Karin , kami menjemput untuk menjadi watak heroin kedua kami,” kata wkil kelas 2-1. “ Saya bantah , setahu saya cite awak hanya memerlukan hero dan heroin dalam satu pasangan kenapa perlu ada heroin kedua?,”allen membalas dengan tanda sindir. “ Itu sebab … permintaan Pelakon tu sendiri , tapi Ketua dan setuju dan saya sendiri dah menjemput dia. Dia ingin mengubah cerita tu dari asal dengan penambahan heroin ke2,” Balas wakil kelas 2-1. “ Tahu berapa kos yang kita perlu bayar untuk ambil org luar?,” Kata Allen. “ itu..,” wakil kelas 2-1 terdiam seketika dan secara tertiba… “ Hello!,” kelihatan seorang gadis yang begitu menarik perhatian memasuki Bilik mesyuarat tersebut. “ Itu Pelakon Karin,” kedengaran suara riuh mula membising di bilik tersebut. Karin melemparkan senyumannya dan mata terus tertumpu pada Allen yang sedang memerhati dia. “ Allen!” Karin terus mendapatkan Allen namun tindakan Karin terhalang oleh tommy. “ Maafkan saya, atas urusan apa CIk Karin datang kesini?” balas tommy. Karin terus tersenyum.

Bilik Persatuan Pelajar

Kaki disilang dengan penuh selesa. Mata melihat sekeliling, bibir di beri kilauan yang sesuai dengan warna kulitnya yang cerah. “ Sila nyatakan atas urusan cik ke sekolah ini,” kata Allen sambil menanti jawapan dari Karin. “ Yeah, Karin datang nie nak tampilkan diri dalam acara sekolah,” balas Karin. Karin bangun untuk mengambil tempat di sebelah Allen. “ Lagipun dah lama kita tak macamnie kan , Allen sayang,” sambung Karin sambil membetulkan posisinya dengan kaki di silang melihatkan betis dan peha yang putih mulus. Allen menahan kekuatannya. “ Maaf kalau ini yang cik mahukan, saya bukan di sini tempat yang bagus,” balas Allen. “ Ohh jadi di mana tempat yang bagus,”jawab Karin sambil melemparkan senyumannya. Tommy masuk ke bilik tersebut untuk memaklumkan mesyuarat telah tamat dan masa untuk pulang. Allen bangun dan meminta Karin untuk balik segera. Karin bangun dan melemparkan senyuman manis pada Allen.

Tommy melihat allen mengeluh dengan panjang sehingga lah erina datang ke bilik tersebut. “ Kenapa dengan Allen?,” erina cuba mendapatkan jawapan dari Tommy. “ Karin datang,” balas tommy. Merlisa yang turut sama mengikut Erina terkedu mendengar nama Karin. Merlisa berubah muka bila mengetahui acara drama yang akn dia berlakon turut serta oleh Karin. Tanpa di bincang dengan baik Merlisa , merlisa tidak halang kerana itu perbincangan wakil kelasnya. Allen bangun dan mencapai begnya dan mengekori tommy untuk pulang bersama. Merlisa yang berada di depannya dia tidak mengendahkan malah dia hanya terus berlalu. Melihat perubahan tersebut Merlisa pasti , Masalah besar telah tiba.

Malam telah tiba, merlisa meminta izin untuk keluar menemani Erina.

MC’D , 

terlihat tommy tampil dengan pakaian biasanya dan melambai tangan pada Erina di saat mereka tiba. Perjumpaan yang di rancang baik oleh Dua merpati sejoli mungkin akn berjalan dengan baik. Erina mengambil tempat untuk duduk bersebelahan dengan tommy. Merlisa pulak mengambil tempat berhadapan dengan Erina dan di tepi tingkap. “ Ohhhh , sini2!,” jerit tommy bila ternampak kelibat Allen muncul. “ Malam mcmnie panggil , kau tahu tak nie time aku untuk tidur. BUkan senang aku nak tidur kalau tengah free,” kata Allen sambil mengusap rambutnya dan membetulkan sweater hoddienya kerana kesejukan. Merlisa ketika itu sedang berkhayal melihat luar tingkap terkejut melihat bayangan Allen di tingkap tengah melambainya. ‘ Gila agaknya sampai kesini aku bayangkan dia,’ Merlisa menghilangkan bayangan tersebut namun bayangan itu tidak hilang bila dia melihat orang di sebelahnya adalah Allen. “ hehehe,hai mel,” allen menongkat dagu sambil melihat Merlisa yang segan silu dan pipinya kemerahan. Serta merta merlisa menutup mukanya dengan hoddienya . “ Arghhh, comelnya,”melihat gelagat Merlisa membuat Allen lupa segala masalah yang dia alami petang tadi. Tommy dan erina senyum melihat merlisa yang kasar boleh jadi selembut begitu. “ Kalau macam korang borak2lah. Mesti dah lama tk keluar berduakan, kami nk berjalan ke mall. LAgipun esok bukannya sekolah,” balas erina dan menyambut tangan tommy. Mereka gerak meninggalkan Allen dan Merlisa. Rancangan yang di rancang mereka bertiga berjalan lancer untuk setakat ini. Mengimbau kembali rancangan mereka. ‘ Selepas sahaja kes memulangkan baju tersebut , allen dah nekad untuk mendapatkan hati Mel. Maka dia membuat rancangan bersama-sama dengan tommy dan erina. Perbincangan melalui mesej dan chatroom bertiga, akhirnya rancang itu akan berjalan setelah tiba Hari KAntin terbuka sekolah.,’ . Allen tersenyum manis bila mengenangkan balik kegembiraan dan rancangan mereka telah berhsil. “ Emmmmmm,” kelihatan Merlisa tidak selesa untuk berdua  cuba untuk bangun tapi kakinya tersandung di kaki meja dan serta merta Allen memegang bahunya. Allen bangun dan cuba keluar dari bangku untuk memudahkan Merlisa keluar. Merlisa melihat sekeliling dan dia melepaskan nafas lega bila tiada siapa melihat accident kecil tdi. “ sekejap,” allen menyambut tangan merlisa dan menarik tangannya keluar dari Restoran tersebut. “ Allen nak bawa Mel ke tempat menarik,” kata Allen sambil melemparkan senyuman kepada Merlisa. Merlisa melihat tangan yang dia genggam. ‘ Begitu lama dan tangannya lebih besar untuk memegang tangan aku yang kecil,’ bisik hati Merlisa. ‘ Tangannya masih sekecil macam dulu , kali terakhir pegang …,’Bisik hati Allen bila mengimbau kenangan silam.

Taman yang di terangi dengan lampu di sepanjang jalan penuh dengan warna warni. Merlisa tergamam, sekian lamanya dia tidak melihat dunia malam, dan akhirnya dai dapat melihat. Allen mengusap kepala Merlisa serta merta bila melihat Merlisa leka dengan pandangan di depannya. Merlisa terkejut dan tunduk. Allen terkejut melihat airmata mengalir di pipi Merlisa. “ Kenapa?,” kata Merlisa dengan penuh sedu. “ Kenapa sekarang Allen nak datang? Sekian lama MErlisa berhrap. Kenapa hati nie masih sakit ? Kenapa allen buat semua nie?,” sambung Merlisa lagi untuk mendapat kepastian dari Allen. Allen memegang tangan Merlisa dan membawa merlisa ke tempat lain untuk mudah mereka berdua dan berbincang secara peribadi.

Bangku yang tidak di duduki oleh sesiapa serta merta menjadi pilihan mereka dan Merlisa hanya mampu diam. Allen dongak ke langit dan memberi kata putus bagi soalan Merlisa. “ Allen tunggu Merlisa sekian lamanya. Menanti agak bintang di langit turun dan bertahta semula di hati Allen. Tanpa sedar, Merlisa datang dan memberi Allen harapan utk dapatkan Merlisa,” sambil memandang Merlisa. Allen bangun dan melutut di hadapan Merlisa, memegang kedua tangan milik Merlisa dan merebah kepalanya di peha Merlisa. MErlisa tergamam dan kedengaran suara tangisan halus . “ Allen?,”Merlisa memanggil. “ Allen rindu, Allen begitu rindu, Allen mahukan MErlisa semula. Tolong hadir semula di dalam hati Allen,” balas Allen dengan tangisannya. “ Allen?,” Merlisa tunduk dan dahi mereka bertemu. “ Mel pun rindukan Allen,” balas merlisa sambil senyum. Allen memegang pipi merlisa dan serta merta bibirnya menyentuh bibir Merlisa. Pipi merlisa kemerahan dan bibirnya yang di beri sedikit sentuhan Lip Balm. Mata mereka bertentangan dan untuk seketikanya Merlisa membalas ciuman tersebut dan menitis airmata.

Episode 5 : Perasaan Kembali berputik.

“APA?!,” jeritan tommy boleh membuat satu sekolah menerima suara jantannya. “ Korang dah berbaik semula,” terdampar satu senyuman di bibir Tommy. “ Yahoooooo!,” tommy melompat riang. “ Kenapa kau yang excited lebih?,” Allen melihat kegembiraan tommy mengundang seribu tanda tanya. “ Boleh lah aku spend time dengan ERina tanpa Merlisa,” balas Tommy sambil berjoget jumba. Pintu di buka dan allen keluar untuk mendapatkan angin. Terimbas kembali malam semalam membuat Allen tersenyum sendiri. “ Dah lama xnampak Al senyum mcmtu,” kedengaran suara yang cukup dia kenali. Allen melihat di depannya telah muncul Karin. “ Ohh ye, urusan kita tak habis lagi kan,” sambung Karin sambil mendekati Allen. Allen terus beredar melepasi Karin yang cuba mendekatinya. Untuk seketika itu Karin terhenti melihat Allen melepasi. “Cis,” kedengaran suara sinis keluar dari mulut Karin.

Dewan sukan

Allen dan tommy bermain bola keranjang dengan penuh keyakinan. Kelihatan peluh mula mengalir.        “ Bergayanya,”kata salah seorang pelajar yang menyaksi permainan mereka. “ Ohhhh , melihat Ketua Pelajar kita bermain dengan peluh yang mengalir di leher dan dahinya,” balas salah seorang lagi pelajar perempuan. Merlisa ketika itu sedang lalu terserempak rakan sekelasnya yang sedang sorak kegembiraan di pintu dewan sukan. “ Korang kt sini rupanya,” Kata Merlisa sambil turut melihat apa yang mereka saksikan. “ Hehehe maaf Lisa, kami excited tengok Ketua Pelajar kita bersukan,” Balas rakan sekelasnya, Tauru. Merlisa turut melihat sekali, secara tiba-tiba mata dia bertentang mata dengan mata Allen. Terbeliak mata Merlisa bila Allen kenyit mata sambil lambai tangan. Muka Merlisa secara tiba-tiba kemerahan dan terus membawa diri. Rakan2 sekelasnya yang berada di situ terus tutup mulut untuk tidak menjerit penuh keriangan. Allen tersenyum untuk seketika kerana di dapat mengusik Mel kesayangannya untuk seketika.
Acara Kantin Terbuka Sekolah bakal tiba , persiapan telah siap hampir 100%. Merlisa kepenatan mengemas bilik kelasnya untuk di jadikan acara drama pendek yang akan di lakonkan oleh Merlisa sendiri bersama-sama Karin. Setibanya dia di tempat locker kasut , Ed menunggu untuk pulang bersama. “ Ed?,”merlisa memanggil bila terserempak Ed di pintu masuk tersebut. “ Kita balik sama?,” jawab Ed sambil senyum. Even mereka sudah jarang untuk berjumpa selepas kes lutut Merlisa cedera , Ed cuba mendekati Merlisa tapi Merlisa mengelakkan diri untuk tidak berjumpa dengan Ed. Mengingatkan kembali Ed telah memberi ciuman di bibirnya tanpa keizinannya, Merlisa tidak mampu untuk berdepan dengan Ed. “ Okay,” MErlisa menyarung kasut dan mengikut Ed dari belakang.

Melalui taman yang biasa mereka lalui, Ed berhenti. Merlisa ketika itu sedang bermain-main seperti kanak-kanak riang tidak sedar mereka akn berlanggar. “ Ohhhh,” Merlisa mengusap kepalanya. “ Salah ke?,” Ed bersuara untuk seketika. Merlisa berundur ke belakang sedikit bagi ruang untuk dia dan Ed bercakap. “ Salah ? salah untuk apa ye?, Ed,”balas Merlisa. “ Lisa tahu Ed sayangkan Lisa dari hari pertama Lisa pindah dan menetap di sebelah rumah Ed,” kata Ed. Merlisa mendengar dan tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana perasaan Merlisa pada Ed hanyalah kawan dan jiran. Ed mendongak ke langit “ Ingat tak hari Merlisa mengangkat barang, ,terlanggar Ed. Dari situ lgi Ed dah mula suka dan cuba untuk mengenali Lisa,” kata Ed sambil mengimbau kembali saat pertemuan mereka. “ Ed cuba sedaya upaya Ed mengikut segala kesukaan Merlisa, cuba mendekati Merlisa dengan mengikut aktivti Merlisa tapi adakah Lisa Nampak semua tu,” Sambung Ed lagi sambil pusing memandang Merlisa yang berad di belakangnya. Ed melemparkan senyuman sinis untuk seketika sehingga perubahan mukanya berubah. Matanya tajam melihat Merlisa. Merlisa berundur ke belakang untuk siap sedia lari . “ Kalau Ed tak dapat Merlisa , tiada siapa boleh dapat merlisa,” sindir Ed dan terus mendekati Merlisa. Seganas sekasar Merlisa , Merlisa tidak mampu untuk lawan. Merlisa lari dan pulang ke rumah.  Ed berhenti dan mengusap kepalanya “ Apa aku buat nie? Aku menakutkan dia lagi,” kata Ed dengan penuh menyesal.

Malam

“Mel , ed datang nie,” ibunya ketuk pintu berulang kali tapi Merlisa tidak buka. Merlisa takut Ed akn apa-apakan dia ketika mereka berdua. “ Tak apa, auntie Kim,” kedengaran suara Ed di sebalik pintu. “ Saya akn bercakap dengan dia di sini, bolehkan auntie kim,” Ed mendekati pintu tersebut dan Puan Kim memberi ruang kepada Ed. ‘ Dorang gaduh ke?,’ bisik hati Puan Kim. Tangan Ed mengusap pintu tersebut, usapan dia seperti mengusap pipi Merlisa, itu yang dia bayangkan. “ Ed datang nie, Ed datang niat baik. Ed… minta maaf Lisa,”kedengaran suara sayu. Merlisa bangun dan mendekati pintu tersebut. “ Ed syang Lisa tapi Ed tahu syg lisa pada ed sebagai kawan dan Ed akui,” dahi Ed menyentuh pintu sambil tangannya meletak di pintu. “ Kita kawan lah semula Lisa, Ed tak nk kerana perasaan Ed , Lisa jauhkan diri. Maafkan Ed, Lisa,” suara sayu masih lagi kedengaran dan untuk seketikanya tiada lagi suara yang di dengar. Merlisa yang mendengar cuba mendekatkan telinganya di pintu. Bila suara Ed tiada kedengaran dia buka pintu dan terlihat Ed berada di depannya . Merlisa terkejut . “ Maafkan Ed sebab cuba takutkan Lisa tadi,” jawab Ed tanpa memandang wajah Lisa. “ Lisa maafkan,” Merlisa terus memegang tangan Ed. “ Kita masih kawan seperti biasa,” Merlisa melempakan senyuman. Ed turut senyum namum harapannya untuk memiliki Merlisa tak akn hilang kerana sebagai kawan MErlisa dia masih memiliki merlisa walaupun tak dapat memiliki hatinya.

Keriuhan kedengaran. “ Mari!! Singgah gerai kami!!,” jeritan sana sini kedengaran. Terbentang banner

 ‘ ACARA KANTIN TERBUKA SEKOLAH’.


Bilik Persatuan Pelajar.
Kelihatan Allen begitu penat kerana perlu memastikan aktiviti sekolah berjalan lancer. Dari hari permulaan sehingga pembukaan, Allen menunjukkan prestasi yang bagus. Tommy masukk bersama-sama Erina untuk mendapat Allen. “ Oii, kau tak join sekali ke turut serta meriahkan Hari Kantin nie,” tommy mengejut Allen. “ Korg pergi lah, aku nak rehat. Aku rasa rehat aku sepanjang nie mcm tak ada,” Kedengaran suara yang sayu kepenatan. “ Allen okay ke ?,” Erina mula merisaukan keadaan Allen bila terlihat Allen tidak langsung mengangkat kepalanya. Allen dengan gagahnya mengangkat kepalanya. “ okay je Cuma keletihan,” Muka Allen kelihatan kemerahan . tommy serta merta memegang dahi Allen. “ Kau demam nie, nak rehat kt Klinik tak?,” Kerisauan tommy melihat Allen bertambah teruk. Allen hanya mengeleng kepala serta merta terlena di meja tanpa menghiraukan sahutan Tommy memanggil namanya. “ Ohhhh, tidak.. Erina, maaf ye tommy kena bawa Allen ke Klinik supaya dia dapat rehat di sana,” kata tommy sambil mengendong Allen di blkngnya. “ Erina ikut sekali mana tahu erina boleh bantu,” Erina mengekori dari belakang. “ Korang taka pa lah ~,” suara Allen yang begitu pelahan mula hilang.

Klinik Sekolah

Allen di beri rehat secukupnya dan dahinya di usap dengan tuala yang lembut. Merasa dahinya begitu sejuk, matanya terbuka secara pelahan-lahan. Melihat tangan yang di pegangnya ketika tangan tersbut mengelap dahi dengan tuala. Penglihatannya masih kabur untuk seketika mungkin kerana pening. “Allen nak apa-apa ke? Air?,” Merlisa mencapai air di meja untuk di beri pada Allen. Allen cuba melihat dengan jelas siapa di depannya, untuk seketika dia terkejut melihat Merlisa di depannya. Allen senyum dan cuba bangun , dibantu oleh Merlisa. “ Minum lah dulu , nnti makan bubur ye,” kata Merlisa sambil memberi cawan yang di isi air untuk menghilangkan tekak yang kering. Allen sambut baik perlawaan Merlisa dan mengangguk. Merlisa bangun untuk membuka lampu kerana suasana makin gelap. “ Berapa lama Allen tidur?,” cawan di letak di meja sebelahnya. “ Lama jugak, bermula dari Majlis start sehingga sekrang,” Merlisa mendekati dengan membawa bubur. “ Ohhh, lama juga,” Allen menerima bubur yg diberi oleh Merlisa. “ Maaf tak dapat tengok persembahan Mel,” suara kepenatan kedengaran dari mulut Allen. “tak apalah, lagipun tk hebat mana pun , Karin pun xdpt dtg,”balas Merlisa sambil mencapai bubur di tangan Allen dan membantu menyuapnya.Allen menerima suapan bubur tersebut. “ Merlisa dah lama ke kati sni,” tangan merlisa di capai ketika merlisa menyuap bubur untuk kali kedua.Merlisa meletak bubur dan mengeleng. “ Mel lepas acara , Mel terus kesini bila tahu Allen demam,” kata Merlisa sambil senyum. “ Maafkan susahkan Mel,” tangan MErlisa di letak di Pipinya. “ Takapa,” balas Merlisa. “ Malam dah nie , Mungkin lebih baik kita balik,” jawab Merlisa bila melihat malam telah tiba. Allen mengangguk.

Perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Merlisa berhenti dan senyum pada Allen. “ Rumah Mel melepasi taman nie nanti, TQ,” kata MErlisa. “ Ohhh, sure ke tak nak Allen teman sampai ke rumah,” jawab Allen bila perasaannya mula risau. Merlisa geleng. “ Lagipun Allen tak bape sihat , Mel tak nak Allen makin teruk,”balas Merlisa. Allen mengusap pipi merlisa. Merlisa memegang tgn allen yang berada di pipinya dan senyum. “ Allen jalan lah dulu nnti Mel melepasi taman lepas Allen gerak,” keyakinan MErlisa masih tidak cukup kuat. Allen mengangguk. Melihat Allen telah bergerak , Merlisa melepaskan nafas lega dan terus berjalan dalam taman yg sepi. Kaki berat untuk melangkah lebih jauh, maka dia berpatah balik untuk mendapatkan Merlisa. Allen berlari dan mengejar Merlisa. Masuk saja pintu taman tersebut , Allen mencari sehingga menemui Merlisa di mesin kemudahan sedang memilih Air. “MEL!,” Allen keletihan dan terus memeluk Merlisa. “ tolong jgn pergi lagi,” Nafas kencang Allen kedengaran begitu cepat. Merlisa ketika itu memegang tin minuman hanya mampu membiarkan. Allen melepaskan pelukan dan menarik nafas pelahan-lahan. Dia merenung merlisa dengan begitu lama,pelahan-lahan dia mendekatkan muka. Merlisa teragak-agak, namun bila mnyedari hati ingin lebih lama dengan Allen, dia membenarkan bibirnya di miliki.

Rumah Allen.

Puan Kim telah menelefon ketika itu dan memberitahu dia tiada di rumah telah pulang ke kampung dan meminta untuk Merlisa tidur di rumah Erina untuk satu malam nie saja. Merlisa mengikuti Allen pulang kerumah. Rumah gelap gelita tiada penghuni. Merlisa mengetahui ketiadaan ahli keluarga Allen berhijrah mengikut ayahnya berkerja di luar Negara. Allen di tinggalkan keseorgn di sini. Katil di kemas dengan rapi. Sifat Allen yang gemar kekemasan dan berdisiplin. Tangan di gengam, bibir bersentuhan, “ Maafkan Allen kalau Allen berkelakuan agak nakal malam nie,” jawab allen sambil menikmati ciuman dari bibir Merlisa. Muka Merlisa kemerahan dan menikmati ciuman yang di beri.

Mengimbau kembali kenangan enam tahun yang lalu, membuat mereka ketawa dan gembira seperti dulu. Setelah tamat belajar Di Universiti masing-masing mengmbil keputusan untuk kahwin. “ Amboi termenung jauh, kalau boleh Mel nie pun Allen dah tembus,” Merlisa menyakat suaminya, Allen. Allen gelak sambil memegang tangan Merlisa. “ Enam tahun sayang, Allen teringat kenangan kita,”balas Allen sambil mengusap tangan Merlisa. Kedengaran bunyi roda, kaki Allen menjadi mangsa perlanggaran. Allen terkejut dan melihat ke bawah , “ Ohhhh..,” Allen mencapai satu-satunya anak tunggalnya, Ed. Allen mendukung sambil membuat reaksi muka untuk menghiburkan Ed. Ed di beri nama semperna pemergiaan Sahabat dan Jiran Merlisa ketika hari Mereka bakal menerima cahaya mata. Allen mengetahui segala-galanya bila merlisa berterus terang pada hari terakhir sekolah. Merlisa turut serta bermain dengan dua beranak.
“ Terima Kasih sebab menerima Allen semula,” mengimbas kembali di saat mereka terlanjur pada hari Allen terlantar sakit ketika Hari Kantin terbuka.

The End


Comments

Popular Posts